`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 11, 2014

Remaja 17 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 14 Gara2 Gril Rendah.


Gara-gara ingin menyusup keluar dari rumah, seorang pelajar, Helmi Rohaizat Abdul Halim, 17, terjatuh daripada tingkat 14, flat Perumahan Rakyat (PPR), Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, hari ini.
Mangsa dipercayai tergelincir daripada tingkat 14 ketika cuba melompat daripada tingkap bahagian dapur ke balkoni untuk ke lif kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Mangsa maut di tempat kejadian.
Bapa tiri mangsa yang dihubungi memberitahu bahawa jenazah Helmi Rohaizat akan dikebumikan malam ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan menerima pemergian anak tirinya itu sebagai sebahagian daripada takdir Illahi.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Wangsa Sari, Mazlan Abdul Latif, berkata, Allahyarham yang dikenalinya itu merupakan seorang pelajar yang baik dan dia juga merupakan ahli Belia 4B cawangan Wangsa Maju.
“Kehilangannya merupakan suatu yang besar pada kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Tambahnya, pihak penduduk setempat di flat tersebut pernah menyuarakan untuk menambah dan meninggikan gril di setiap tingkat untuk keselamatan penduduk terutamanya anak-anak kecil.
“Semoga apa yang berlaku ini memberi pengajaran kepada kita dan saya berharap selepas ini permohonan rasmi untuk menambah dan meninggikan gril di setiap tingkat akan diusulkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Semoga mereka (DBKL) menimbangkannya,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa kes itu masih dalam siasatan. -ST-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.