`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 7, 2014

RM LEMAH DAN GST BUAT HARGA UBAT-UBATAN MELAMBUNG SEHINGGA 50%



PETALING JAYA: Harga ubat-ubatan di negara ini sedang meningkat dan dijangka terus naik pada tahun depan.

Harga beberapa ubat-ubatan dilapor telah meningkat sebanyak 20 peratus hingga 50 peratus pada tahun ini sahaja, dan berikutan penjual terpaksa mengubah harga sebanyak dua kali dalam tempoh 12 bulan, menurut Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG).

Presidennya, Wong Sie Sing berkata, kenaikan ‘biasa’ harga ubat-ubatan adalah sekitar 5 peratus hingga 10 peratus, tetapi dengan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April, sebanyak 10 peratus hingga 40 peratus kenaikan dijangka berlaku bagi tahun depan.

Berikutan itu, MCPG yang mewakili lebih 2,000 farmasi dan mempunyai seramai 2,500 ahli farmasi, menggesa kerajaan supaya menubuhkan badan yang dapat mengawal kos perubatan.

“Jika tidak, harga ubat akan meningkat dengan cepat,” kata Wong.

Kerajaan ketika ini tidak mempunyai sebarang mekanisme dalam mengawal harga farmaseutikal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho berkata, kenaikan harga ubat-ubatan akan memaksa rakyat berhenti mengambil ubat untuk merawat penyakit masing-masing selepas ini.

MPS adalah persatuan untuk ahli farmasi di Malaysia, dengan kira-kira 4,000 ahli.

Ho berkata: “Kenaikan harga ubat boleh disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah, peralatan, buruh dan pengangkutan serta pertukaran mata wang yang lemah.

“GST akan memburukkan lagi keadaan kerana hampir semua ubat-ubatan akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus,” jelasnya.


Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr H. Krishna Kumar berkata, kos semua ubat telah meningkat lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Oleh itu jelasnya, GST akan menambah lagi kenaikan kerana semua kos termasuk pengangkutan juga akan meningkat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.