`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 13, 2015

Adakah rakyat akan bayar lebih mulai 1 April?

http://www.qne.com.my/file/mole-GST-Malaysia(1).jpg
Kini jiran-jiran penulis ini masih sibuk membeli itu dan ini terutamanya barang keperluan rumah yang boleh disimpan lama.Semuanya ingin berjimat sebelum GST (Goods & Services Tax/Cukai Barangan Dan Perkhidmatan) bemula pada 1hb April ini.

Anak muda dari Kuching, Sarawak yang menyewa rumah di Kepong memberitahu penulis bahawa “bulan Mac ini saya terpaksa pergi ke bengkel membaiki kereta untuk membaiki ‘masterpump’, ‘odometer’ dan tukar tayar serta servis kereta sekali gus

Ini semua akan menelan belanja hampir RM1,500. Jika saya tidak lakukan ini semua pada bulan Mac, selepas GST dilaksanakan saya perlu membayar lebih banyak lagi. Saya sekarang sedang berjimat macam gila. GST memang membuat saya jadi ‘Gila Stres Teruk’ kerana setiap malam saya asyik memikirkan isu kos membaiki kereta sahaja.”

Pekerja asing dari Pakistan yang tinggal beberapa buah rumah dari penulis ini juga berkata Malaysia sepatutnya menunda perlaksanaan GST sehingga negara mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.

Beliau yang bekerja di KLIA dan mempunyai diploma dalam bidang sains politik berpendapat bahawa GST akan membebankan golongan yang miskin dan yang berpendapatan rendah. Pekerja asing juga akan dibebani oleh GST kerana apabila barang dinaikkan harga, mereka juga akan mempunyai kurang wang untuk dikirim kepada keluarga mereka.

“Mengapa Kerajaan Malaysia perlu melaksanakan GST pada April ini? Tak boleh tunggu hingga ke masa yang lebih sesuai ke?” tanya beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.