`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 10, 2015

Ahli PERKASA dakwa cedera ditumbuk Ketua Pemuda UMNO ..........?

Ahli PERKASA dakwa cedera ditumbuk Ketua Pemuda UMNO Lenggong
Iruan (kiri) didakwa menumbuk Saad (kanan) sehingga cedera di muka dan terpaksa menerima tiga jahitan. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR, 9 Januari:

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli, ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang semalam.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang Khamis, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.

Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA jangan menganggu urusan Pemuda UMNO.

Saad bagaimanapun menafikan tuduhan Iruan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Namun, mangsa mendakwa tiba-tiba lehernya telah dicekak dan mukanya ditumbuk lelaki terbabit, manakala beberapa rakannya membantu dengan menolaknya ke dinding.

Dakwa mangsa lagi, kejadian itu turut disaksikan orang ramai serta ahli PERKASA dan UMNO yang berada dalam dewan itu, yang kemudiannya membantu meleraikan pergaduhan.

Saad kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk mendapatkan rawatan, kerana mengalami luka di bahagian kening kiri dan terpaksa menerima tiga jahitan, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lenggong.

The Rakyat Post yang menghubungi Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mengenai kejadian itu berkata, pihaknya akan berjumpa Saad, esok untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Saya tidak berada di tempat kejadian, tetapi saya dimaklumkan pergaduhan ini berlaku semalam.

“Apapun, kita harap pihak polis membuat siasatan ke atas laporan polis yang telah dibuat ahli PERKASA ini (Saad),” kata Irwan.

Manakala cubaan menghubungi Iruan bagi mendapatkan penjelasan daripada pihaknya menemui jalan buntu, kerana sehingga berita ini diterbitkan, telefon bimbit beliau dimatikan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/09/ahli-perkasa-dakwa-cedera-ditumbuk-ketua-pemuda-umno-lenggong/#ixzz3ONEO77Dw

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.