`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 22, 2015

BILA POLIS CUBA DAPATKAN KHIDMAT SEKS

Taktik beberapa anggota polis menyamar sebagai pelanggan cuba mendapatkan perkhidmatan seks selepas mengurut, membongkar kegiatan tidak bermoral tiga buah pusat refleksologi di lokasi berasingan, di sini, yang menggunakan khidmat wanita warga asing, kelmarin.



Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang, wanita Thailand berpakaian seksi itu dikatakan mengenakan bayaran RM30 untuk urutan selama sejam dan tambahan RM5 hingga RM20 untuk seks oral manakala bayaran RM100 untuk melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, kegiatan licik wanita asing berkenaan berjaya dikesan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang menyerbu tiga premis yang terletak di kawasan perumahan Taman Mutiara Indah Taman Berangan dan Taman Sejati Indah, di sini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah, Keselamatan dan Komuniti (JPJKK) Daerah Kuala Muda Deputi Superintendan S Saravanan berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan tidak bermoral di premis terbabit.

Katanya, dalam serbuan pertama di Taman Mutiara Indah, polis menahan enam wanita warga Thailand berusia 30-an sebelum menahan lima lagi wanita dalam serbuan di dua premis di Taman Berangan dan Taman Sejati Indah.

“Selain menawarkan khidmat mengurut kepada pelanggan, semua wanita berusia 35 hingga 42 tahun terbabit dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran di premis berkenaan di samping turut melanggar syarat pas lawatan masuk ke malaysia.

“S emua wanita warga asing itu ditahan dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk proses dokumentasi dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan dan Sekyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1997 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Katanya, serbuan akan dilakukan dari semasa ke semasa terhadap premis yang didapati menjalankan kegiatan urut tanpa lesen selain menggunakan khidmat warga asing sekali gus berusaha membanteras aktiviti maksiat dan tidak bermoral di daerah ini.

“Polis memandang serius perkara ini kerana menerima aduan daripada orang ramai mengenai kegiatan rumah urut yang beroperasi tanpa lesen dan menggunakan khidmat warga asing,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.