`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 10, 2015

Masya Allah!!! (Gambar) Gempar: Feri Pulau Pinang Terbakar, Penumpang Panik, Jom Terjah!!!


GEORGETOWN - Kira-kira 300 penumpang diarahkan keluar selepas bahagian enjin sebuah feri di sini,  tiba-tiba berasap ketika menuju ke terminal Raja Tun Uda di bahagian pulau pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika feri berkenaan berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, Feri Pulau Payar berkenaan berpatah balik ke jeti selepas bahagian belakang feri itu dipenuhi kepulan asap hitam dipercayai berpunca dari kerosakan enjin.


Wakil Penang Port Sdn Bhd (PPSB) berkata, kesemua penumpang selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, bahagian enjin yang rosak menyebabkan kepulan asap hitam keluar dari bahagian belakang feri.

"Tetapi tiada sebarang kebakaran yang berlaku serta keadaan dapat dikawal oleh kru feri yang terlatih supaya bersedia dengan langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan dalam pelayaran.

"Kita sentiasa memastikan feri dalam keadaan baik untuk kegunaan setiap hari, tetapi kemungkinan berlaku kejadian tidak diduga misalnya kebocoran atau kebakaran tidak boleh diduga sama sekali," katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.