`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 24, 2015

Menilai Najib.




Tiada siapa sekat sesiapa daripada menganggap Najib PM dan menteri kewangan terbaik. Saya hanya syorkan kepala mereka di periksa doctor.

Najib gagal sebagai PM. Paling ketara, Najib gagal memberi negara ini kepimpinan, hala tuju, pengisian makna. Kemana Malaysia hendak tuju- negara koro atau berjaya? Apa ertinya menajadi Malaysian?

Najib gagal sebagai MK. Kita akan bahas perkara ini.

Hutang sector awam- baca kerajaan yang rasmi dan tidak rasmi, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan yang tidak bertulis- mungkin sudah sekitar 75% dari GDP. Kita tak tahu.

Hutang rasmi tahun 2014 ialah RM 570 billion. Tanggungan kontinjen ialah RM170 billion.  Tanggungan melalui surat sokongan, mungkin RM100-200 billion, ini menjadikan hutang dan tanggungan negara hampir RM800 billion.

Jika ekonomi kita lebih sedikit dari RM1 trillion, (RM1000, 000,000,000) hutang kita sudah menuju kepada tahap 80% GDP. Mungkin ada lojik sebab hutang dan tanggungan isi rumah atau household debt Malaysia sudah pun mencecah 87% GDP.

Muflis negara kita. Matawang kita tidak ada harga. Satu hari nanti, Najib akan citak duit pokok pisang seperti zaman Jepun.

Semakin ramai tidak yakin kepada Najib sebagai PM dan ramai lagi tidak yakin dengan cara dia mengurus kewangan negara.

Kita patut  biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik kumpulan Najib membongkar rahsia Daim dan kemudian Mahathir hanya red herring untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence Najib. Kita jangan jadi sebahagian daripada pencak silat Najib.

UMNO sukar musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam.  Jika Najib mengatasi ancaman dalaman, dia akan jadi kuat. Bila kuat, orang putih kata ada hubris- sebut hewbris; ini orang tersebut terpisah dari reality dan overestimate kepentingan dan kehandalan dia. Saya rasa sukar deal dengan orang seperti ini. Macai2 dikeliling nya naik tocang.

Negara kita is in a mess. Institusi politik sedang reput dan dysfunctional. Ini disebabkan oleh aktor2 politik yang mengukuhkan posisi masing2. Contoh: menteri2 menyelitkan agenda politik peribadi atau kepentingan peribadi dalam keputusan yang melibatkan kepentingan nasional. 

Kenapa pentingnya, Zahid Hamidi misalnya, memberi surat testimoni kepada seorang potential penjenayah? Lihat pula respons bekas menteri dalam negeri Hishamudin yang kata dia tak pernah tulis surat. Hishamudin melindungi kepentingan politik perbadi nya.

Kumpulan2 pendesak sebagai contoh terus menerus memainkan peranan yang berlebihan dalam menentukan hala tuju negara. Najib membisu seribu bahasa, lidah nya kelu, tidak berkata kata. 

Tugas ini sepatutnya dimainkan oleh eksekutif, legislature dan institusi kehakiman. Eksekutif lemah, menyebabkan golongan pendesak menentukan pengurusan negara. Golongan pendesak ialah golongan yang tidak dipilih oleh rakyat melalui  pilihanraya- perkasa, isma dan bahkan pendesak2 dalam institusi yang jaga agama.

Saya tidak ada masaalah misalnya dengan para ostaz dalam jakim, jain, hendak melaksanakan hukum Tuhan yang mereka tafsir- tapi bolekah tidak get yourself elected dahulu? Hukum Tuhan satu bab- tapi sebelum itu, biarlah kamu semua dipilih.

Saya percaya institusi kehakiman kita ramai pendakwa raya dan hakim2 yang conscientious ; tapi reputasi institusi ini tercedara parah. Institusi ini juga tidak terkecuali dari persepsi rasuah- bagaimana setengah kes boleh lepas, manakala setengah kes tidak boleh. Beberapa tahun yang lalu, skendal pemilihan dan kenaikan pangkat hakim terdedah menyebabkan masyarakat sangsi akan kredibilit hakim2.

Apa jadi, jika proses yang sama masih diteruskan? Ini akan menyebabkan rakyat melihat insitusi yang memberi keadilan sebetulnya berfungsi menjaga kepentingan golongan atasan dan penjenayah yang kaya raya.

Kementerian dikepalai oleh budak2 nakal dan pemimpin utama, nakhoda nya, biarkan. Masing2 dengan haluan sendiri dan ikut suka hati. Jika kita percaya Hishamudin dan Hamid Albar, inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, seorang menteri memberi surat perakuan mengenai karakter seorang potensi penjenayah yang dicekup oleh Amerika. 

Kenapa seorang menteri perlu jawab soalan ang ditanya oleh pihak polis? Peguam? Kalau polis- IGP lah yang jawab. Kalau peguam, AG yang jawab.   

Something is terribly wrong dengan menteri, dan kementerian yang masing2 jaga.  

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.