`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 21, 2015

Nasi Kandaq, Toke Tersandaq, Tapi Dah Buka Balik Petang Tadi...

Penggemar nasi kandar luah rasa kecewa jika Line Clear ditutup
Restoran Nasi Kandar Line Clear.
RESTORAN 'Nasi Kandar Line Clear' diserbu oleh Bahagian Perlesenan dan Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mencuri perhatian ramai di media sosial.

Ramai yang terkejut dan sedih jika benar Line Clear terpaksa ditutup akibat gagal mendapat permit untuk beroperasi. Ada juga yang berpendapat, isu kebersihan premis itu perlu diberi perhatian dan bukan isu perebutan giliran restoran itu.

Bagaimanapun tindakan merampas meja dan kerusi oleh MPPP tidak menghalang Line Clear untuk meneruskan operasi petang tadi. Operasi diteruskan dengan baki 20 meja yang tidak dirampas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Korporat Bahagian Perhubungan Awam MPPP, serbuan dibuat selepas Line Clear didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen untuk tahun ini. Tindakan itu selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja 1979.

Al-hamdulillah,  nasi kandaq, toke tersandaq, tapi dah buka balik petang tadi.. Sedap nasi dia, oooi, soru jangan miss!! (IH)
RAKAMAN CCTV menunjukkan anggota penguat kuasa MPPP sedang mengangkat meja Restoran 
Line Clear untuk disita dalam satu operasi di George Town awal pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.