`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 28, 2015

ADUN SIMPANG PULAI DAN TEJA MAKAN NASI BUNGKUS YANG DIBAWA YB ELIZABETH WONG TERSEBAR DI INTERNET.



Walapun ditahan pihak berkuasa dengan berpakaian lengkap tahanan lokap namun perlu juga terima kenyataan dan kebenaran betapa ada timbang rasa dan rasa ehsan pihak polis memberi kebenaran kedua ADUN PR yang ditahan di Dataran Merdeka semalam dibenarkan menjamah juadah yang dibawa oleh YB Elizabeth Wong ADUN PKR Bukit Lanjan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika melawat mereka. 

Setahu Omak Kau amat jarang pihak polis memebrikan layan istimewa sebegini .. lazimnya setiap yang kena tahan lokap kena makan dan jamah makanan yang disediakan pihak polis bukannya membenarkan makan makanan yang dibawa atau dibungkus oleh para pelawat ... malahan ketika ditahan reman pun amat jarang pihak polis mengizinkan para pelawat melawat orang ditahan reman sehingga siasatan selesai. 

Walaupun sedih cara kedua ADUN ini menjamah juadah namun kena ucapkan ribuan terima kasih juga kepada PDRM kerana sudi memberi sedikit kelonggaran kepada kedua ADUN PR ini menikmati juadah. 

Lagi ada kipas angin dalam lokap ... amat jarang lokap ada kipas angin malahan tidak salah kalau katakan inilah lokap pertama disediakan kipas angin kepada Orang Kena Tahan. 

Mohon PDRM segerakan siasatan dan dilepaskan kedua mereka secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.