`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 8, 2015

Bukan Usaha Terancang.....bah.akhir.

Image result for 1MDB

Dimana duit samaada untung atau pembayaran oleh Petrosaudi disimpan? Kenapa tidak di simpan dalam negara kita sendiri? RM7-8 billion bukan sedikit jumlah nya.

Saya kurang yakin duit2 itu semua ada di Cayman Islands. Cayman Islands mungkin hanya tempat syarikat didaftarkan sahaja. Duit sebenarnya mugkin ada di Switzerland.

Dengan para pemimpin kerajaan- kita tidak boleh percaya apa lagi dah. Urusniaga di Cayman Islands hanya mungkin tektik mengalih pandangan daripada dimana lokasi wang berbillion Ringgit tersebut sebenarnya berada.

Dan semua bisness mendaftar syarikat di tempat seperti Cayman Islands ini untuk apa? Orang melakukan demikian ialah untuk menyembunyikan transaksi, untuk launder money atau menyalurkan wang melalui situ ke akaun2 tersembunyi di tempat lain.

Mungkin apa2 lebihan dari 1MDB sudah pun dilaburkan dalam dana2 yang tersenarai yang jika dijual sekarang hanya mengakibatkan kerugian yang tidak boleh diterima. Jika itu berlaku, semua orang akan tahu sebetulnya pegawai2 1MDB tidaklah secerdik seperti mula2 diistiharkan dengan bangga nya oleh Shahrol Helmi- CEO pertama 1MDB. 

Kemana mamat ini pergi? Adalah menarik jika kita dapat panggil Shahrol Helmi untuk bercerita tentang 1MDB. Terkencing Najib agak nya.

Dan jika ianya dipinjamkan secara fraud tanpa cagaran atau security kepada peminjam seperti pak2 Arab atau perniagaan2 lain, duit tersebut akan tidak dibayar kembali. JIka dilakukan demikian- siapa yang authorise? JHo Lo? Dengan sokongan dari Pengerusi 1MDB? Menteri Kewangan Malaysia? 

Sebagai contoh; PetroSaudi kata semua wang tersebut sudah dipulangkan- 1MDB pula kata ya semua sudah dipulangkan- Jho Low kata semua wang sudah dipulangkan- mana buktinya?

Saya hendak tanya puak UMNO- dalam kes ini pelaburan kita diurus oleh budak2 cina tidak mengapa pula. Kalau kita dengar cakap2 orang UMNO dan surrogates mereka- macam disuruhnya kita bunuh semua oang Cina. Maka saya serulah orang2 UMNO yang masih siuman- sedarlah hipokrasi pemimpin UMNO terutama Najib.

Najib tidak perlu diselamatkan. Hendak selamat buat apa? Takkanlah jika Najib tak jadi pemimpin UMNO atau PM- dunia orang Melayu akan kiamat? Langit tidak runtuh untuk orang Pekan jika Najib tak jadi PM. Tun Razak yang jauh lebh hebat dari Najib dari segi perwatakan dan temperament dan dari segi inteligence meninggal- tidak pun Malaysia kiamat dan Pekan hilang dari peta.

Seperti yang penah saya nyatakan bertahun dahulu- apa yang jadi jika Najib bukan PM ialah para pengampu2nya di Pekan akan beratur disepanjang jambatan Sultan Abu Bakar dan pakat ramai2 terjun kedalam Sungai Pahang. Yang mati dan patah riuk kaki tangan atau cedera apa , terserahlah kepada nasib.

Kita tak tahu dimana wang itu telah hilang- itulah sebab nya mengapa 1MDB tidak mampu servis hutang2 nya bila hutang2 itu matang dan inilah sebab nya mengapa pengurusan 1MDB menyembunyikan ‘pelaburan’ yang mereka lakukan dalam balance sheet yang disebut sebagai "segregated portfolios". Dan pelaburan dalam segregated portfolios ini tidak mencerminkan nilai pasaran. Kenapa misteri ini?

Dan orang UMNO kena sedar bahawa salah satu pengurus dana 1MDB ialah firma Hong Kong yang dipilih oleh siapa? Oleh JHo Low budak Cina yang memilih pengurus dana pun cina juga. Sekali lagi- orang UMNO jangan hendak temberang dan membohong suruh orang membenci Cina sedangkan hampir semua pemimpin UMNO berbisnes dengan Cina. Rakyat sudah meluat mengenai hipokrasi puak2 umno ini.

Itulah sebab nya mengapa 1MDB tidak pernah menerbitkan penyata2 kewangan nya secara penuh atau dalam bentuk ringkasan dalam website rasmi nya. Kalau tak ada perkara yang mahu disembunyikan apa yang hendak ditakutkan?

Sudah terang dan nyata kepada semua yang ada sedikit intelligence kecuali orang UMNO, bahawa PM najib sedang mengatur langkah untuk menyalahkan hutang RM46 billion ini atas kepala Jho Lo dan kunco2 nya. 

PM najib seperti biasa, berserta cabinet yang terdiri dari 35 orang, 2 orang bekas CEO dan Arul Kanda akan cuci tangan dan menjustifikasikan kehilangan RM46 billion ini kepada 1001 punca.

Menyalahkan Jho LO tidak mendatangkan kudis sebab dia akan terus berkubang di lokasi mewah di Beverly Hills, California sambil minum  Pina Colada  atau Singapore Gin Sling cocktails, berparti di Paris dan St.Moritz dan dengar sini- ketawa terbahak bahak berjalan ke bank2 yang tidak boleh disentuh di Cayman Islands atau Switzerland.

Dengan segala musibah yang dilakukan oleh pemimmpin nombor satu- soalan saya ialah- nak selamatkan Najib itu mengapa?

Artikel ini saya tulis sebagai suatu adaptasi dari artikel asal oleh Donplaypuks disini.  Penghargaan saya kepada Encik Donplaypuks.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.