`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 30, 2015

Cuma MAIN TIPU untuk Mat Sabu kekalkan gaji DAP bila Husam mula konar


GAME Mat Sabu telah bermula. 

Hasratnya untuk bertanding sebagai Presiden PAS semakin rancak nampaknya apabila beliau telah mengarahkan ahli PasMa yang berada dalam kepimpinan Pas pusat untuk turun ke kawasan-kawasan yang boleh mendapat sokongan untuknya bertanding.

Maklumat yang diterima pagi tadi bahawa, Exco Pemuda Pas Pusat akan hadir merasmikan Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar esok (Sabtu). Bukan hanya sekadar merasmikan mesyuarat namun niat sebenarnya Exco Pemuda Pas ini yang juga merupakan proksi Mat Sabu adalah untuk turun berkempen bagi pemilihan akan datang.

Mat Sabu telah mengarahkan beberapa orang ahli PasMa yang tidak menyokong Presiden Hadi Awang supaya mempengaruhi mana-mana kawasan sasaran untuk beliau diangkat menjadi Presiden seterusnya menenggelamkan kumpulan ulama' yang sudah tidak sehaluan dengan DAP.

Ini adalah strategi Mat Sabu untuk mengkuburkan dan menyisihkan mana-mana pemimpin dalam Pas yang masih lagi pro kepada Hadi Awang.

Baca Jawa Bernam SINI

Bunyinya terdesak kerana usah amereka untuk sabotaj Ijtimak Ulamak di Kuala Terengganu dengan bantuan PKR memalukan:

Ini adalah dua gambar yang diambil dalam ceramah PR di Kampung Tiong.
 
Ini pula gambar yang diambil pada masa yang sama sempena majlis Ijtimak Ulamak di kampung Presiden PAS di Rusila, Marang.
Ahli-ahli PAS akar umbi masih menyokong kepimpinan DS Haji Hadi Awang. Kehadiran penyokong amat memberangsangkan. Sebaliknya apa yang berlaku pada ceramah PKR yang dihadiri Datuk Husam Musa dan Dr Wan Azizah, amat mengecewakan.

Baca sepenuh di CTS SINI

Sokongan Ahli Parlimen sudah kembali ke Hadi. Baca The Star SINI.
 
 
Semalam ahli-ahli PAS Wilayah menyokong Hadi.


Khabarnya Husam dah mula macam nak konar. Entah pura-pura atau tidak, Husam mula mendekati kumpulan ulamak dalam isu hudud. Baik-baik orang juling ... tengok lain, mata lihat ke lain.


Harapan Mat Sabu tinggal dengan cara main tipu. Semut Hitam SINI memberitahu:

Menjelang pemilihan PAS yang bakal diadakan Jun nanti, pelbagai spekulasi kini semakin hangat diperkatakan dipelbagai peringkat terhadap keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat.

Terutama sekali berhubung isu perlantikan semula Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi yang sebelum ini juga pernah dikritrik dipertikaikan oleh ahli diperingkat bawahan.

Dalam pemilihan lepas, beberapa tindakan yang dilakukan oleh Si Asmuni itu mendapat kritikan dari kalangan ahli dan perwakilan kerana terdapat beberapa kejanggalan yang tak masuk akal.

Diantara yang dibangkitkan ialah mengenai nama calon yang tidak dipaparkan didalam kertas undi dan nama calon yang diulang sebanyak dua kali sehingga menimbulkan spekulasi.

Perakara tersebut pernah didedah dan dibantah oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad yang turut mempersoalkan kredibiliti Si Asmuni tu secara terang - terangan.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.