`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 3, 2015

Dr Zul akui kesilapan pada MC 'chicken chop'

Kesalahan yang menjadi viral di laman sosial apabila MC-sijil cuti sakit ditulis dengan ‘chicken chop’.

MC yang dikeluarkan sebuah klinik kepada seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Sungai Buloh menarik perhatian ramai. Susulan itu, individu yang menggelarkan dirinya Dr Zul mengakui kesilapan perkerjanya.

“MC itu satu untuk sekolah agama dan satu untuk sekolah kebangsaan. Staf saya tersalah tulis diagnosis Chicken Chop pada Sekolah Kebangsaan.

“Mohon maaf diatas kesilapan kecil itu dan semoga tidak disebarkan,” katanya.

Doktor yang bertugas tidak menyedari kesilapan tersebut, akuinya lagi.

Media sebelum itu melaporkan,  kakitangan di klinik tersebut menyatakan ia satu kesilapan yang tak disengajakan.

"Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak kami. Bagi pihak klinik ini, kami memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan mahu bangkit daripada kesilapan ini," katanya kepada portal tersebut.

Dengan tersebarnya MC tersebut juga, mereka turut memberitahu klinik itu tidak berhenti dihujani panggilan telefon dari orang ramai yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.