`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 12, 2015

GST dan kerisauan di kedai kopi

 oleh Neal K
KOMEN: Hanya segelintir yang memahami sepenuhnya konsep Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Apa yang menjadi rungutan orang kebanyakan adalah kos barangan keperluan akan terus meningkat, begitu juga dengan saiz lubang dalam poket mereka.

Sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hasrat kerajaan untuk melancarkan GST, kerajaan dan juga sesetengah badan sektor swasta menjalankan kempen untuk mendidik dan memberi penerangan kepada rakyat yang kebanyakannya tidak tahu tentang sistem ini.

Kita tahu perniagaan dengan perolehan bercukai tahunan yang melebihi RM500,000 wajib mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, atau menanggung risiko denda sehingga RM15,000 jika gagal berbuat demikian sebelum 31 Mac 2015.

Perniagaan yang gagal mendaftar tidak boleh mengenakan caj GST kepada pelanggan. Maka, mereka tidak boleh menuntut pulangan GST dan perlu menanggung kos yang lebih tinggi. Pendaftaran sukarela membolehkan mereka menebus cukai input pada kos startup dan perbelanjaan biasa perniagaan.

Jika pada mulanya hanya peniaga yang menyuarakan kebimbangan mereka, kesan GST kemudian mula menjadi perhatian setia isi rumah negara ini.

Media sosial dibanjiri meme GST yang kelakar dan sarkastik, sembang kedai kopi mula merebak. Berikut adalah beberapa coretan:

“Semenjak saya memutuskan untuk mengubahsuai rumah hujung tahun lalu, kontraktor mula menyuruh saya cepat-cepat menetapkan pelan lantai dan sebagainya, bagi mendapatkan kelulusan pinjaman bank dan DBKL sebelum 1 April, hanya untuk mengelak daripada GST. Katanya, saya mungkin akan menanggung kos 10 peratus lebih tinggi.”

“Saya kenal beberapa orang lama yang memilih untuk menutup perniagaan mereka berbanding mendaftar dengan GST, mereka tidak nampak apa perlunya membayar begitu tinggi. Lagipun, dengan keadaan yang tidak jelas, genenarsi muda lebih suka kekal dengan kerjaya sekarang berbanding meneruskan perniagaan keluarga. Seperti ada kekeliruan tentang pendaftaran, pematuhan dan undang-undang peralihan untuk GST. Ramai mereka tiada rekod perakaunan yang teratur. GST pula memerlukan mereka menyediakan kemudahan pembayaran elektronik dan melatih pekerja untuk mengenakan dan menuntut GST dengan betul. Mereka rasa ia terlalu rumit, terutama tanpa bantuan golongan muda.”

“Saya sedang mencari kereta mewah terpakai yang murah, dan sekurang-kurangnya tiga peniaga kereta menggesa saya berbuat demikian sebelum pelaksanaan GST. Namun tiada siapa yang boleh jelaskan sebabnya, atau berapa kenaikan yang saya perlu bayar.”

“Hari tu saya ke kedai mee kari yang biasa dikunjungi, dan mereka menaikkan harga semangkuk daripada RM5 kepada RM5.50. Bila saya tanya, mula-mula dia cakap kerana Tahun Baru Cina. Namun bila saya tanya adakah harga akan kembali kepada RM5, dia cakap ia akan kekal…kerana GST!

Di tengah-tengah segala kekeliruan dan kerisauan ini, tetap ada suara yang wajar.

“Jika ia dilaksanakan dengan betul, pengguna sebenarnya akan mendapat harga yang lebih rendah. Harapnya sistem baru ini akan memberikan penjimatan kepada pengguna,” kenyataan ini daripada seorang perunding cukai.

Faktor “JIKA” menjadi kebimbangan utama, yang bermakna apa yang kita boleh buat pada masa ini adalah tunggu dan lihat, seterusnya mengambil inisiatif untuk mendidik pengguna. Amat penting untuk kita berjaga-jaga, kerana GST tidak dapat dielakkan. Malah harapan agar ia ditangguh pun setakat ini belum terlaksana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.