`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 12, 2015

IMDB – KE MANA MENGHILANGNYA PERKASA DAN ISMA

Image result for ISMA and Perkasa

Walaupun tidak semua namun aku merasakan majoriti orang Melayu patut dipersalahkan. Betul sebagaimana kata Dr. Mahathir yang orang Melayu mudah lupa. Betul kata penjajah British yang menjajah Tanah Melayu dulu yang mengatakan orang Melayu sukakan hiburan. Betul juga kata setengah orang Melayu yang mengatakan orang Melayu boleh ditundukkan dengan menghadiahkan sehelai kain batik. Betul juga kata orang kampung aku bahawa orang Melayu kampung boleh ‘dibeli’ hanya dengan sebatang rokok saja.

Aku terpanggil untuk bersama-sama mengemukakan pandangan aku apabila terbaca artikel Datuk  Kadir Jasin yang berjodol, ‘ Be haste in Tracking Down Jho Low’ bertarikh 11 Mac 2015. Aku amat terusik terutama apabila para akhir rencana berkenaan  mengatakan,

“ The rakyat and their elected representatives must step up the pressure to ensure that the task force carries out its mandate transparently and freely. Never mind if the 160-UMNO divisional leaders, who attended the redi shirt solidarity day on March 8 at the PWTC, believed unequivocally in their Presidents explanation of IMDB”

Aku ‘takut’ untuk menterjemahkannya.Takut silap. Namun biarkanlah aku sisip fahaman dan pentafsiran aku mengenai apa yang diperkatakan oleh Dato’ Kadir itu. Aku merasakan bahawa beliau amat bimbang tentang apa yang berlaku kini dan kebimbangan itu samalah yang dirasakan oleh rakyat Malaysia yang perihatin akan nasib malang yang akan dilalui oleh negara sekirannya tidak dilakukan ‘pengubatan’ yang sesuai dan berkesan. Peristiwa BMF yang menimbulkan kesan buruk yang mendalam kepada negara Malaysia masih segar dalam ingatan rakyat yang merasai dan berada dalam zaman itu.

Dengan sebab itulah agaknya beliau menyeru rakyat dan wakil yang dilantik oleh mereka untuk tanpil untuk memberikan tekanan kepada pihak tertentu untuk menyegerakan tugas menyiasat hal yang berkaitan dengan 1MDB ini. Seolah-olah tidak ada tempat lain untuk mengadu, melainkan menyerahkan kepada rakyat yang masih mahu berfikir dan menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Dan beliau menambah agar kita tidak mempedulikan sikap 160 ketua bahagian UMNO yang hadir mendengar penjelasan daripada DS Najib tempoh hari yang berkaitan dengan !MDB. Biarkanlah mereka bersikap demikian. Biarkanlah mereka berkeadaan sedemikian sekiranya mereka yakin dan percaya sepenuhnya penjelasan yang diberikan.

Aku tidak menyalahkan sepenuhnya orang Melayu yang tidak faham tentang perjalanan 1MDB tetapi aku hanya mahu menyalahkan sikap setengah orang Melayu yang tidak mahu langsung mendengar penjelasan yang diberikan oleh pihak-pihak yang arif tentang 1MDB ini. Kadang-kadang ternampak semacam sudah ‘tertutup’ telinga mereka dari mendengar penjelasan mengenai isu yang hangat diperkatakan ini. Seolah-olah apa yang disampaikan kepada mereka, masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

Nampaknya rakyat tidak boleh lagi menggantungkan harapan kepada UMNO kerana pemimpin mereka sudah diperjelaskan mengenai 1MDB dan mereka yakin dan percaya tentang penjelasan itu. Rakyat terutamanya orang Melayu tidak boleh mengharapkan PERKASA atau ISMA dalam hal ini kerana sehingga kini belum terdengar lagi suara mereka yang mempersoalkan tentang IMDB berbanding dengan tindakan pantas dan cepat mereka apabila muncul isu-isu seperti kalimah Allah. Begitu jugalah NGO-NGO lain yang pada suatu ketika dulu amat aktif memperjuangkan sesuatu isu terutama yang kononnya membabitkan orang Melayu tetapi kelihatan sunyi sepi kini.

Hendak mengadu kepada Saudara Anwar Ibrahim, beliau telah dipenjarakan. Hendak mengadu kepada Tuan Guru Nik Aziz beliau telah kembali lebih awal. Jikalau dulu Karpal Singh akan ‘mengaum’ apabila timbul isu yang membabitkan rakyat, kini mendiang juga telah pergi lebih awal. Cuma yang masih ada tempat untuk ‘menyangkutkan dagu’ ialah kepada YB Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Tony Pua dan beberapa orang lagi pemimpin muda yang terus menerus memperjuangkan nasib rakyat.

Apakah pemimpin muda ini akan ‘tenggelam’ ditenggelamkan oleh kejahilan sebahagian besar rakyat Malaysia?

abuhassanadam
12 Mac 2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.