`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 12, 2015

Interpol Bakal Seret Kroni BN?


Interpol Bakal Seret Kroni BN? Pasukan penyiasat Malaysia perlu mendapatkan bantuan Interpol untuk menyelesaikan persoalan mengenai syarikat dibebani hutang1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi membawa masuk ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, dan memelihara serta melindungi bukti dan saksi-saksi sebagai keutamaan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu berkata, "aturan pertama urusan adalah untuk memastikan bukti salah laku jenayah dipelihara".

"Ia bagi memastikan bukti daripada dihapuskan atau dan saksi menghilang.

"Dengan beberapa orang saksi penting dan mungkin suspek dalam siasatan 1MDB yang menetap di luar negara, termasuk Jho Low, pasukan petugas itu perlu mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan mereka," tulis Kadir di blognya The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Pihak polis, agensi pencegahan rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Wang Kira-kira Negara (PAC) di Parlimen semuanya berkata mereka akan bergerak untuk menyiasat 1MDB berikutan tekanan terhadap kerajaan bagi menjawab segala urus niaga meragukan dengan entiti yang dikesan berkait dengan Low.

Bagaimanapun, agensi-agensi ini juga berkata mereka hanya akan bertindak selepas Ketua Audit Negara selesai membuat pemeriksaan akaun 1MDB, dan tidak ada tempoh masa bagi siasatan juruaudit nasional itu.

Interpol Bakal Seret Kroni BN?

Kadir berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menunaikan janji untuk mendedahkan sebarang salah laku dalam 1MDB, berikutan arahannya kepada juruaudit nasional itu untuk melancarkan audit semula, dan memberi kenyataan akan menguatkuasakan undang-undang "tanpa pengecualian" terhadap 1MDB jika terdapat bukti salah.

Najib, pencetus idea dana milik kerajaan itu dan juga pengerusi lembaga penasihat, juga perlu memastikan penyiasat bekerja secara "telus dan bebas”, kata Kadir.

"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika ditanya media jika perdana menteri akan termasuk dalam penyiasatan itu, Khalid menjawab, ya.

"Jika perdana menteri tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan, beliau dengan senang hati akan bekerjasama dengan penyiasat," tulis Kadir sambil menambah Najib perlu "membuktikan beliau seorang yang berpegang kepada kata-katanya.”

Pada 4 Mac, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengarahkan Ketua Audit Negara "bebas mengesahkan akaun 1MDB" dan menyampaikan hasil kepada PAC.

Najib juga berkata, "Jika terdapat sebarang kesalahan yang terbukti, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian".

Ini ekoran pendedahan oleh laman sesawang Sarawak Report, yang mendedahkan percanggahan kepentingan urus niaga antara 1MDB dan PetroSaudi International, dan dengan Bank UBG yang kedua-duanya didakwa membabitkan Low.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.