`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 15, 2015

“Kami banyak kali buat seks di rumah sewa”

Mangsa
Kuala Lumpur
 – “Saya lakukan pelbagai aktiviti termasuk kerja berat tanpa mengetahui saya sebenarnya sudah hamil tujuh bulan,” kata seorang wanita lepasan sebuah universiti swasta (US) di ibu kota dikenali sebagai Warti.
Warti, 24, kini menunggu masa melahirkan anak tidak sah taraf hasil hubungan dengan teman lelaki yang dikenali sejak di sekolah menengah.
Menurutnya yang juga anak ketiga daripada enam beradik dia cukup kesal dengan apa yang menimpanya dan kini hanya mampu bertaubat dan berjanji dengan keluarganya akan berkahwin dengan teman lelaki dan memelihara bayi yang bakal dilahirkan dengan sebaik mungkin.
“Kami banyak kali melakukan hubungan seks di rumah sewa teman lelaki ketika rakannya tiada.
“Pada awalnya tiada apa yang berlaku, namun saya mula bimbang apabila kerap muntah serta pening sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik dengan ditemani ibu saudara serta teman lelaki.
“Saya terkejut apabila doktor memaklumkan saya hamil tujuh bulan dan apa yang terbayang ialah perasaan ibu bapa jika mereka mengetahuinya,” katanya, lapor Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.