`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 28, 2015

Kenapa hutang 1MDB banak sangat? soal orang UMNO.


Hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan bank-bank tempatan berjumlah RM5.037 bilion disifatkan terlalu besar bagi sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan pada usia kurang dari lima tahun.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kerajaan harus segera menyiasat punca jumlah hutang ini selain menjelaskan isu yang memeningkan rakyat sejak sekian lama.

"Hutang 1MDB pada bank-bank tempatan berjumlah RM5.037 bilion sepertimana kenyataan Menteri Kewangan tetapi hutang keseluruhan setakat Mac lepas berjumlah RM41.9 bilion.

"Ini merupakan satu jumlah hutang yang amat besar bagi sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan pada usia lebih kurang 5 tahun ia ditubuhkan," katanya kepada Astro AWANI.

Khairuddin mengulas jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Khamis yang memaklumkan jumlah hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan kini mencecah RM5.037 bilion.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan bahawa hutang tersebut merupakan hutang syarikat milik penuh kerajaan itu sehingga Januari 2015.

Dalam pada itu kata Khairuddin, angka itu tidak memberi kesan positif selepas keputusan memberi kuasa kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy selama ini.

"Kalau inilah kaedah penyelesaian 1MDB, apa istimewanya mereka membawa pulang Arul yang dikatakan seorang yang ahli bank terkemuka," katanya.

Sebelum ini, Menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu 1MDB telah menggunakan sejumlah RM600 juta daripada RM950 juta yang disediakan oleh kerajaan sebagai kredit tersedia sementara sebelum syarikat itu melancarkan IPO.

Jelasnya, 1MDB dijangka pulih daripada masalah aliran tunai yang dihadapi ketika ini pada penghujung tahun 2015.

Dalam pada itu kata Khairuddin, kenyataan Husni mengenai status 1MDB itu dikatakan mengelirukan rakyat.

"Dulu Arul kata duit yang dibayar untuk melunaskan hutang Maybank dan RHB Capital Bhd adalah dari dana yang ditebus dari pelaburan di Kepulauan Cayman, yang mana satu sekarang?" tegasnya.

Najib sebelum ini memaklumkan kerajaan hanya membuat komitmen berbentuk saham sebanyak RM1 juta untuk 1MDB.

Jelasnya, komitmen itu bagaimanapun kini sudah mempunyai aset bernilai RM50 bilion lapor AstroAwani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.