`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 13, 2015

Ku Nan mungkin silap ...biar BEBAS buka minda rakyat malu alah


Media UMNO melaporkan berikut:

UMNO Pecat Keahlian Shariff dan Fadzillah, Tanding Bebas PRK DUN Chempaka

Oleh : Ropikah Ahmad

KUALA LUMPUR, 11 Mac – UMNO telah memecat keahlian Sharif Mahmood dan Fadzillah Hussin berkuat kuasa serta merta berikutan tindakan mereka yang bertentangan dengan keputusan parti iaitu bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka.

Sharif berdaftar sebagai ahli UMNO Cawangan RKT Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang manakala Fadzillah pula dari Cawangan Kepala Batas, Tumpat.

Keputusan pemecatan ini telah dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO.

Surat pemecatannya telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO hari ini yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – MediaUMNO

--------------------

Mungkin Ku Nan ada tersilap kerana menurut pihak Sharif, namanya telah terkeluar dari senarai keahlian UMNO Gua Musang dalam satu usaha pemutihan senarai keahlian parti di Gua Musang suatu masa dahulu.

Sharif memang adalah sebahagian dari AJK Penaja Bahagian UMNO Gua Musang ketika Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuh Semangat 46. Walaupun dia menyokong Ku Li dalam pemilihan dalaman UMNO, dia tidak meninggalkan UMNO.

Sebbaik Ku Li kembali ke UMNO, dia terkeluar dari AJK dan anihnya keahlian dalam satu usaha pemutihan yang dijalankan UMNO. Orang yang setia kepada UMNO dibuang oleh orang yang tinggalkan UMNO.


Dah tentu UMNO enggan meletakkan calun, biarlah orang biasa dan bebas main peranan hidupkan amalan demokrasi dengan memberi pilihan buat rakyat.

Sepanjang 23 tahun Tok Guru Nik Aziz menjadi MB, rakyat serba salah dan malu alah untuk meluahkan ketidak puas hati dan menegur dengan kerajaan pimpinan "ulama". Dengan adanya calun-calun bebas, muga diharap rakyat boleh dibuka mata dan lebbih berani bersuara.

Manalah tahu ianya akana untungan UMNO kemudian hari.

P/S Mungkin Ku Nan saja nak naikkan profil calun-calun ini untuk penyokong UMNO undi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.