`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 13, 2015

Masih Menunggu Jawapan Razak Baginda

Sebagaimana yang  saya tulis di blog ini tidak lama dulu mengenai penganalisis politik yang  pernah dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, Abdul Razak Baginda yang ingin bertemu dengan saya, ramai yang bertanya mengenai perkembangan selanjutnya tentang perkara itu.

Saya ditanya mengenai perkara itu melalui SMS, Whatsapp, pesanan di Facebook atau pun ketika bertemu rakan-rakan atau mereka yang mengenali saya.

Rata-rata ingin tahu apakah saya sudah berjumpa atau belum dengan Razak Baginda?

Dalam mesej yang dihantar melalui Facebook  portal berita Semut Harian, Razak Baginda menyatakan ingin berjumpa dengan saya bagi menjelaskan beberapa perkara mengenai tulisan saya yang bertajuk "Sombongnya Razak Baginda..." yang disiarkan di portal tersebut.

Beliau telah menghantar mesej ingin berjumpa itu sebanyak dua kali melalui Facabook Semut Harian.

Sebenarnya sebaik menerima mesej tersebut, saya sudah pun menghantar email kepada Razak mengenai kesediaan saya untuk berjumpa dan mendengar sendiri penjelasan daripadanya.

Saya juga menyatakan agar dibenarkan team portal Semut Harian ikut sekali dalam pertemuan itu kerana mereka turut ingin merakamkannya bagi tatapan pembaca, selain ingin bertanya beberapa soalan lain berkaitan isu pembunuhan Altantuya yang semakin hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi sejak salah seorang pesalahnya, Sirul Azhar Umar melarikan diri ke Australia.

Malangnya Razak telah membalas email itu dengan menyatakan beliau tidak mahu ada sesiapa yang lain hadir dalam pertemuan itu, sebaliknya mahukan ia hanya antara beliau dengan saya saja.

Razak juga menyatakan terserah kepada saya sama ada hasil pertemuan itu mahu dimuatkan dalam tulisan saya atau pun tidak.

Kemudian saya membalas lagi dengan mengatakan saya sedia mematuhi syarat-syaratnya tetapi meminta kepadanya agar dibenarkan merakamkan sekurang-kurangnya sekeping gambar mengenai pertemuan itu sebagai bukti dan juga untuk tatapan pembaca-pembaca blog saya.

Saya juga menyatakan kepada Razak bahawa rakaman gambar itu penting kerana ramai yang ingin menatap wajah terbarunya, selain untuk membuktikan kepada umum beliau benar-benar berasa bebas ketika ini.

Kali terakhir saya menghantar email kepada Razak ialah pada 24 Februari lalu tetapi sehingga kini masih belum mendapat apa-apa jawapan  balas daripadanya.

Jika Razak Baginda membaca tulisan ini,  saya harap beliau segera memberikan responnya dan saya masih sabar menanti jawapan daripadanya. (SH 12/03/2015)

Inilah mesej pertama yang dihantar oleh Razak Baginda...

Ini pula mesej kedua Razak Baginda yang disertakan dengan alamat emailnya sekal...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.