`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 16, 2015

Najib beli jet baru...

 Ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan harga barangan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membeli sebuah jet peribadi baharu dengan sewenang-wenangnya, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.  

Setiausaha agung PKR itu mendakwa, jet berkenaan adalah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet.  

"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baharu yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.  

Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini turut melampirkan salinan surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet berkenaan bertarikh 1 Disember, 2014.  

"Perolehan jet peribadi baharu untuk perdana menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada, iaitu ACJ319," kata Rafizi.  

Beliau yang juga naib presiden PKR itu turut membuat perbandingan kos antara jet peribadi berkenaan dan ACJ319.  

"Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan.  

"Bukannya besar sangat, tapi perbelanjaannya tidak kena tempat," kata Rafizi, merujuk kepada pembelian jet baharu berkenaan.  

"Padanlah Najib mohon maaf kerana beli jet baharu ini membelakangkan kepentingan rakyat,” katanya.  

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh Teressa Kok berkata, beliau terkejut dengan tindakan Putrajaya membeli pesawat berkenaan.  

"Saya agak terkejut apabila jet baharu dibeli. Saya rasa hairan kerajaan tetap beli jet baharu ini sedangkan Najib dan kerajaan melakukan semakan terhadap Bajet 2015," katanya.  

Rafizi berkata, tindakan pembelian jet baharu itu sudah pasti akan membangkitkan kemarahan rakyat.  

"Dalam masa 2 minggu, rakyat bakal berdepan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).  

"Rakyat terpaksa menanggung cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baharu perdana menteri ini," katanya. 

Sehubungan itu, beliau mendesak agar pentadbiran Najib membatalkan serta merta perjanjian itu kerana ia membelakangkan kepentingan rakyat. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.