`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 25, 2015

“Najib tidak boleh dipercayai”

Najib hari ini telah menyatakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) tidak akan disalah guna untuk menekan ahli politik.


najib leader2


KUALA LUMPUR: Selepas pusingan U (U-turn) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan hasrat untuk menangguhkan Akta Hasutan 1948, pemimpin dari PKR dan DAP langsung tidak mempercayai beliau lagi.

Najib hari ini telah menyatakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) bukan bertujuan untuk kegunaan politik.

Bagi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Najib kini langsung tidak mempunyai kredibiliti dan ia terbukti apabila beliau gagal menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, sebaliknya memilih untuk mengekalkan serta menambah-baik akta itu.

“Najib tidak ada kredibiliti. Malah, Najib juga lebih teruk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mahathir mampu menguruskan negara tetapi Najib tidak cekap dalam menguruskan negara,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua turut mempersoalkan janji yang diberikan oleh Perdana Menteri itu.

“Saya tidak akan anggap Najib mengeluarkan kenyataan yang serius kerana dapat dilihat, Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar terus menggunaka media sosial Twitter untuk mengeluarkan arahan supaya menangkap rakyat termasuk Ahli Parlimen.

“Oleh itu tidak ada sebab untuk saya percaya dengan Najib,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng turut menyatakan bahawa, kenyataan Najib itu juga tidak akan dipercayai oleh masyarakat dunia.

“Bukan sahaja di sini, seluruh masyarakat dunia tidak akan percaya padanya,” kata Lim yang juga merupakan Ahli Parlimen dari DAP.


Dicatat oleh 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.