`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 14, 2015

Polis Datang Nak Tangkap Nurul Izzah, Zul Noordin Cari Publisiti Murahan


24 jam saja, polis sampai ke rumah Nurul

Tidak sampai 24 jam laporan polis dibuat, pihak polis hari ini melawat rumah Nurul Izzah Anwar untuk merakamkan kenyataan anggota Parlimen Lembah Pantai itu.

Bagaimanapun Nurul ketika itu dalam perjanalan ke Kota Bahru.

“Tinggalkan penjara. Empat anggota polis berada di rumah. Malangnya dalam perjalanan ke Kota Bharu.

“Sudah pun buat temujanji di IPD (ibu pejabat polis daerah) Dang Wangi pada 16 Mac,” katanya di Twitter.

Semalam, selepas lama berdiam diri, bekas calon BN Zulkifli Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Nurul ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.

Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.

Zulkifli berkata Nurul tidak dilindungi kekebalan sebagai seorang anggota Parlimen kerana ia melibatkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 2 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan. -mk


“Zulkifli Nordin sudah hilang akal”

Tindakan Bekas Peguam Ketua Pembangkang, Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapanya yang mengecam hakim ketika berucap di Parlimen diselar PasMa.

Naib Pengerusi Tiga PasMa Selangor, Michael Tamil berkata, tindakan Zulkifli yang menggesa pihak pendakwa bertindak ke atas Izzah juga menunjukkan beliau (Zulkifli) sudah hilang akal.

“Zulkifli Nordin, bekas Ahli Parlimen dan peguam tetapi hilang ingatan, apabila mengaitkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 1,2,3 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan peraturan Dewan Parlimen.

“Apa yang dilakukan Izzah ketika berucap di dalam Perlimen langsung tidak melanggar peraturan Dewan Parlimen,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Katanya, Zulkifli perlu kembali ke sekolah undang-undang kerana beliau tidak dapat membezakan undang-undang Parlimen dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan.

“Berhentilah mencari publisiti murahan dan menipu rakyat, kerana tindakan itu hanya merugikan masa sahaja,” ujarnya.

Jelas Michael , Dewan Rakyat merupakan tempat yang sesuai untuk setiap Ahli Parlimen membahaskan segala isu yang berbangkit termasuk ketelusan keputusan Mahkamah melibatkan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang mempertikai sistem kehakiman negara, dibidas Bekas Peguam Ketua Pembangkang, Zulkifli Nordin.

Kata Zulkifli, ucapan Izzah yang dikatakan memetik teks bapanya,itu sangat menghina dan mencerca badan hakim Mahkamah Persekutuan.

Perbuatan Izzah secara sah melanggar peraturan Dewan Parlimen kerana anak kepada Ketua Pembangkang itu hanya berhenti selepas ditegur oleh Yang DiPertua Dewan. 
-FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.