`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 25, 2015

SRC INTERNATIONAL Rugi RM164 Juta Dedah Rafizi - Kementerian Kewangan Perlu Jawab.



Saya dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua telah berkali-kali menyatakan kebimbangan kami mengenai prestasi sebuah anak syarikat yang dimulakan oleh 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd. Syarikat yang penuh dengan kerahsiaan ini menjadi tumpuan apabila berita bahawa Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) telah memberikan pinjaman sebanyak RM4 bilion disahkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Saya sertakan paparan penyata untung rugi SRC International Sdn Bhd bagi tahun kewangan terkini yang berakhir pada 31 Mac 2014 (rujuk gambar di atas).

Bagi tahun kewangan terkini, SRC International Sdn Bhd telah mengalami kerugian sebanyak RM164 juta dan tanpa sebarang perolehan. Ini bermakna sebarang kegiatan oleh syarikat ini tidak menjana sebarang pendapatan sedangkan ia mempunyai hutang sebanyak RM4 bilion yang dipinjam dari KWAP.

Ini juga bermakna bahawa sebarang pembayaran faedah di atas hutang RM4 bilion itu dibuat menggunakan dana pinjaman asal dari KWAP.

Keadaan ini tidak banyak berbeza dari modus operandi syarikat-syarikat lain yang bersabit dengan 1MDB iaitu meminjam dana yang besar dengan jaminan kerajaan tanpa mempunyai aktiviti perniagaan yang baik atau stabil. Akhirnya, tiada pendapatan yang dijana dari kegiatan perniagaan sehingga menyebabkan 1MDB menghadapi masalah aliran tunai untuk membayar faedah pinjaman yang diambil.

Adalah jelas bahawa perkara yang sama yang kini menghantui 1MDB akan juga berlaku kepada SRC International Sdn Bhd. Lebih malang lagi adalah kerana SRC International Sdn Bhd melibatkan RM4 bilion dana pencen kakitangan awam yang sepatutnya dilaburkan secara berhemah.

Saya menyeru supaya Perdana Menteri dengan segera mengarahkan agar SRC International Sdn Bhd memulangkan serta-merta setiap satu sen dari RM4 bilion wang KWAP yang dipinjam sebelum ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.