`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 11, 2015

Warga asing punca penyakit Tibi meningkat

Kalau datang secara rasmi mereka akan melalui saringan kesihatan perubatan dan penyakit dapat dikesan.
PUTRAJAYA: Lambakan warga asing punca berlakunya peningkatan penyakit Tibi di negara ini, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya, kebanyakkan warga asing yang memasuki negara secara haram menjadi penyebab utama kes Tibi meningkat, kerana mereka terlepas daripada menjalani ujian saringan kesihatan perubatan.

“Kalau mereka datang secara rasmi mereka akan melalui saringan kesihatan perubatan dan penyakit mereka dapat dikesan, tetapi kalau mereka datang secara haram dan tidak melalui ujian saringan ini menjadi satu isu terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Apabila seorang datang secara haram, dan individu itu aktif penyakit Tibi ia akan merebak kepada orang,” katanya kepada pemberita.

Jelas beliau, pada tahun 2014 kes melibatkan penyakit Tibi adalah sebanyak 24,711 berbanding 24,071 pada tahun 2013.

Sehubungan itu, kementeriannya telah mencadangkan kepada kerajaan supaya mnyediakan peralatan mengesan penyakit Tibi yang lebih baik supaya penyakit tersebut dapat dikesan sekaligus mengawal wabak tersebut.

Berhubung permohonan hospital dan klinik swasta agar kos perubatan dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April ini, beliau memberitahu, ia sedang dalam pertimbangan.

Jelas Subaramaniam, kementeriannya sudah membentangkan perkara itu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan.

“Mereka sedang mempertimbangkannya. Tetapi kami sedang menyuarakan pandangan dan permintaan hospital swasta itu dan kami masih lagi menunggu keputusan daripada kedua-dua pihak,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.