`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 14, 2015

Apa AKAN BERLAKU SEBELUM 24HB, Mukhriz????



Dato Ahmad Lebai Sudin yang sedang menyerang Mukhriz menuduhnya tidak mahu ambil pendirian hingga odit 1MDB selesai.

Hal ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak. Boleh baca laporan FMT SINI.

Khabarnya Mukhriz ada kata mesyuarat ada ambil persepakatan untuk tunggu hingga 24hb untuk beri kenyataan selepas berbincang dengan semua peringkat bahagian2 dan sayap2 negeri dan bahagian.


Dipercayai sensitiviti orang ramai tentang Tun M mahu diambilkira kerana ramai pihak percaya Kedah dapat diambilalih dari PAS atas sokongan dan usaha Tun M berkempen himgga dapat pusing banyak kawasan.

Jika main layan gaduh dalaman UMNO.Kedah yang tidak ada kesudahan, boleh rebah.

Ada pihak memberitahu pula bahawa ada benda nak berlaku yang boleh cerahkan kedudukan Dato Najib. Maka ianya boleh membaiki persepsi dan pendirian UMNO Kedah dilihat berasas dan berhemah.

Kita pun ada dengaq benda nak berlaku dalam masa terdekat tapi tak dak sampai tahu ia akan berlaku sebelum 24hb.

Apalah Mukhriz ... nyatakan saja sokongan. Hang dilantik Najib. Polisi Najib dan mskmal sertaetofologi Najib hang ikut.

Jika Najib bersalah dalam hal 1mdb, tak bolehlah sokong lagi. No one should be made guilty until ptoven. Hanya pembangkang saja kata orang bersalah sebelum dibukti salah.

Jika tak ada apa2 berlaku sebelum 24hb, masak Mukhriz ni. Mukhriz dan Tun M masak maka Kedah masak. Oleh itu berpada2lah semua pihak.

Pi ka langkawi dan telax.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.