`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 25, 2015

Cerita Sebenar Nasi Lemak Pelajar Dirampas Pihak Sekolah


Semalam, heboh di laman sosial dengan kes nasi lemak dua orang pelajar di rampas oleh seorang guru wanita dan guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang. 


Ekoran dari penyebaran kes oleh Izham Ibrahim, AJK Kongres Melayu Pulau Pinang yang nyata berat sebelah dan menyimpang dari cerita asal, netizen dengan selamba badaknya menyelar guru dan guru besar serta menganggap tindakan mereka itu keterlaluan dan berotakkan 'Ahmad Maslan'. 

Bagaimanapun, tampil seorang individu bernama Saiful Bahri menjelaskan cerita sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian itu.

"Kes nasi lemak ini jadi pada cousin Fazliyaton Suhaimi. 

"Budak itu memang kurang ajar. Cousin dia (Guru perempuan) sedang mengajar Sains tahun 6. Budak ini buat tak hairan. Menjaja nasi lemak dia macam di pasar. Dia dah lama jual nasi lemak. Tak ada guru marah pun, cuma jangan ganggu Pelajaran dan Pembelajaran (PnP) tu je.

"Tetapi kali ini dia melawan. Bila cousin (guru) suruh duduk dan jangan jual lagi, dia menjawab,'apa cikgu boleh buat kat saya?'

"Then cikgu tu suruh berdiri di luar kelas. Then cikgu tu terperasan yang dia lari dengan beg nasi lemak. Cikgu tu jadi panik dan minta guru disiplin cari.

"Jumpa budak tu, then dia mencabar apa boleh buat pada dia.

"Guru disiplin bawa berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar suruh pelajar itu tinggalkan beg di tepi. Dia mencekak pinggang hangin.

"Guru Besar tu denda sebab sikapnya yang biadab. Bukan sebab dia berniaga nasi lemak. Sebelum balik, Guru Besar pulangkan nasi lemak dia yang masih elok," dedah Saiful.

Benar ataupun tidak, persoalannya hanya satu, apa tujuan ibu bapa hantar anak-anak mereka ke sekolah?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.