`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 1, 2015

GST - Patutlah KPDNKK Tidak Cukup Pegawai, 1 Ribu Pegawai Hilang !



Kerajaan sendiri yang umum mahu wujudkan GST, kerajaan sendiri yang set tarikhnya jadi seharusnya tidak timbul masalah tidak cukup pegawai ! 

Selamat Datang Era GST !

Sejarah tuh ..... nanti bila anak cucu dah besar, bolehlah kita ceritakan kepada mereka yang kita ADA waktu GST mula diperkenalkan.

Saya tak nak sebut perkataan Selamat Menyambut GST sebab ia bukan satu perayaan yang kita sambut setiap tahun tapi ia kekal bersama kita selamanya ...... sehingga kerajaan tukar sistem percukaian baru.

Sebelum ini saya malas nak layan GST, saatnya akan tiba dan nak tak nak, kita terpaksa juga lalui. Nak komen pun, saya sendiri agak keliru. Dan hasil perbualan seharian, saya dapati ramai juga yang keliru mengenai GST.

Secara peribadi saya lihat isu GST ini adalah lebih kepada isu 'Keikhlasan' peniaga dan 'Pemantauan' kerajaan. 

Kefahaman rakyat amatlah dialukan tapi mungkin mengambil masa sedikit untuk rakyat faham. Namun samada faham atau tidak, GST telah dan tetap menjadi sebahagian hidup rakyat dari sekarang.

Sebut tentang Keikhlasan Peniaga ni ..... bunyi macam kelakar pun ada. Bukan kata semua peniaga ambil kesempatan tapi lebih ramai yang suka ambil kesempatan dari yang benar2 jujur. Ramai juga yang saya kira dalam keadaan 'terpaksa' naikkan harga bila barang datang dengan penambahan kos oleh pembekal.

Dan ramai juga peniaga yang masih blur dengan GST ....

Jadi bab PEMANTAAUN dan PENGUATKUASAAN oleh pihak kerajaan adalah elemen paling penting dalam isu GST.

Makanya, amatlah mengecewakan bila saya baca artikel ini -


Dan satu lagi dari FMT -


Kerajaan sendiri yang umum mahu wujudkan GST, kerajaan sendiri yang set tarikhnya jadi seharusnya tidak timbul masalah tidak cukup pegawai ! 

Ini memberi imej yang negatif kepada kerajaan, seolah perkara sebesar GST yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari kerajaan.

Kalau dah tahu GST perlu pembabitan aktif agensi berkaitan ( KPDNKK ) sepatutnya kerajaan selain dari menambahkan kemahiran pengetahuan pegawainya tentang GST, kerajaan harus menTAMBAHkan bilangan pegawai ..... BUKANNYA memBERHENTIkan / mengKURANGkan atau mengHILANGkan bilangan pegawai !

( maaf ejaan salah yang sengaja saya gunakan )


Sinar 29/10/2013

Huh ? KPDNKK berhentikan pegawai ? ?

Lebih 1000 pegawai KPDNKK telah diberhentikan kerja atau HILANG tidak dapat dikesan dalam masa setahun setengah ini ! Pada 29 Oktober 2013 ada lebih 3 ribu pegawai penguatkuasa KPDNKK dan kini hanya tinggal 2 ribu jer .....

Bukan saya spin ya, tapi Menteri Hasan Malek sendiri yang cakap.

Manalah nak cukup ! ? Kerajaan patutnya TAMBAH bukan KURANGkan pegawai.... aduyai ...


Apapun saya harap kerajaan khususnya pegawai2 KPDNKK dan KASTAM dapat melaksanakan tanggungjawab dengan efektif. Keberkesanan pelaksanaan GST banyak bergantung kepada anda....... selain Keikhlasan di pihak peniaga dan kerjasama rakyat sebagai pengguna.

PS - BETUL ke slogan Tolak 10 Tambah 6 ? Dulu kena SST 10% maka sekarang kena tolak balik 10% itu dan hanya tambah 6%, jadi sepatutnya tak timbul isu naik harga. Kan ? 

Begitu juga seharusnya tidak timbul isu peniaga harus serap/absorb GST sebab cukai sudah kurang 4%...... kan ? 

Konfius saya .... 

Oya, kenaikan harga prepaid ( contohnya dari RM10.00 kepada RM10.60 ) adalah ISU BESAR kepada rakyat ! Kerajaan jangan perlekehkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.