`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 19, 2015

HIMPUNAN TOLAK GST ANJURAN PAS DI KUALA TERENGGANU HAMBAR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN?????





Himpunan Tolak GST yang julung kali diadakan di Taman Awam Batu Burok, petang kelmarin dilihat berjaya mencapai sasaran apabila berjaya menghimpunkan lebih 3,000 orang. 

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun hanya bersandarkan media sosial bagi menghimpunkan orang ramai untuk menyertai program berkenaan, sambutan yang diterima di luar jangkaan pihaknya. 

Menurutnya, ia menunjukkan orang ramai sangat terkesan dan menolak pelaksanaan GST yang mula diperkenalkan sejak awal April lalu. 

“Kita buat himpunan ini pada waktu siang, bukan pada waktu malam seperti kebiasaannya supaya orang ramai mendapat maklumat tepat, termasuk golongan atas pagar dan yang tidak cakna politik sebelum ini. 

“Sekarang ini kita dapat lihat, semua orang merasai dan peka dengan kesan GST. Jadi kita harap ia dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa GST ini harus ditolak daripada terus dilaksanakan,” katanya. 

Satiful berkata, selain ucapan oleh pimpinan Pas negeri, wakil NGO dan mahasiswa turut menyertai program itu. 

Susulan kejayaan program itu, Pas negeri sekali lagi akan menganjurkan program yang sama pada program Hindar yang dijangka akan dibuat pada 22 April depan, sebelum diperluaskan di setiap parlimen. 

“Kita gerakkan program ini awal untuk di Terengganu agar rakyat negeri ini mendapat maklumat lebih awal. Lagipun sebenarnya sebelum pelaksanaan GST lagi kita sudah mula terangkan kesan GST. 

“Jadi apabila mereka merasai sendiri kesannya, kita dapat lihat sendiri bagaimana rakyat respons terhadap pelaksaannya. Sebab itu kita akan turun ke akar umbi bagi memberikan maklumat yang jelas mengenai GST ini agar mereka dapat menilai sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.