`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 20, 2015

Kisah Wartawan Sinar Harian Melindungi Wartawan Non Muslim Dari Dibelasah Peserta Demo Turunkan Salib Mendapat Pujian Netizens

Macam-macam berlaku rupanya pada protes turunkan salib di Taman Medan. UMNO UMNO. Korang neh memang memalukan umat dan bangsa la. Demi agama kepala bana kau la.

Kisah menarik ini dikongsikan menerusi laman rasmi facebook Marina Mahathir. Selain itu, ianya juga viral di beberapa page yang lain. Dan mendapat pujian dari Netizens.

Baca ;


Ianya mengenai seorang wartawan bernama Nicholas Cheng. Tak dinyatakan dari akhbar mana tetapi aku syak dari The Star. Sebab, salah satu yang melaporkan kejadian berkenaan adalah dari akhbar The Star. Kata Nicholas ada 2 syarikat akhbar yang cover kisah demo turunkan salib semalam di Taman Medan. Jika salah satunya dari Sinar Harian maka satu lagi mesti dari The Star. Sebab banyak press lain yang cover story berkenaan dengan memetik sumber The Star yang direct p cover isu berkenaan semalam.

Nicholas bukan hadir sebagai wartawan semata-mata. Tetapi sebagai penganut kristian yang tengah pelik memikirkan apa rasionalnya sekumpulan umat Islam p protes agar gereja turunkan lambang salib.

GEREJA TURUNKAN LAMBANG SALIB.

Jadi. Bersatu dengan kepelikkan tersebut. Dia pun mulakan sesi temubual dengan kumpulan pendemo dengan niat mahu mengambil peduli motif disebalik tindakan.

Tanya Nicholas kepada mereka ;

- Apa kuasa yang kamu ada (penduduk) untuk mempersoalkan kewujudan gereja di kawasan berkenaan?

- Siapa yang berikan kamu hak untuk mendakwa kawasan (penempatan) ini milik muslim?

- Bagaimana lambang salib boleh membuatkan anak anda menukar agama kepada kristian?

Sebahagian dari wakil penduduk marah dan beremosi. Lalu bertindak kasar dek terprovokasi.

Soalan Nicholas tue dah kira bagus la. Cukup sopan dah tue. Kalau aku wartawan. Ini yang aku tanya.

- Makcik, pakai baju tshirt, tudung singkat nampak tetek terjojol dan demo bantah lambang salib. Saya bukan nak serang peribadi makcik ye harap maklum. Tapi saya rasa tetek makcik lagi menakutkan dari lambang salib tue makcik. Sekurang2nya kalau saya tengok lambang salib tue saya fikir worrr ini gereja rupanya kat sini. Tapi kalau lelaki2 lain yang tertengok makcik dan tetek makcik apa yang mereka akan fikir agaknya ye makcik. Makcik rasa2 la sendiri ek. Jadi makcik rasa, patutkah makcik berdemo dengan berpakaian begini? Adakah GST menyebabkan makcik gagal membeli pakaian yang lebih mendekati kepada kepercayaan makcik? Ce citer.

- Pakcik. Dulu saya pernah kerja di Western Digital. Hari2 lalu depan pelbagai jenis kilang2 yang menghasilkan asap tebal2 sampai merosakkan kualiti udara. Pada pendapat saya, pencemaran udara itu lagi relevan dipersoalkan dari lambang salib pada gereja. Tidak kah pakcik rasa pakcik neh bodoh sebab tatau nak berfikir dengan kritis?

- Pakcik, makcik. Saya nak tanya. Sapa yang luluskan permit dan lesen judi kasino apa bagai di Malaysia? Dah protes bab tue ke belum? Kegiatan perjudian menyumbang ke arah kongsi gelap. Salib pula mendorong manusia agar kembali beragama. Makcik dan pakcik rasa tak yang pakcik dan makcik neh dah mempersoalkan isu yang memperbodohkan diri sendiri?

Lepas tanya aku syak bukan setakat kena cekak baju je. Silap2 mati kena bunuh dah kot aku. Taraf pejuang Islam cara UMNO di Malaysia. Pantang kau cakap jujur. Confirm kena balon kaw2.

KAH KAH KAH

And then. Selepas Nicholas dilayan secara kasar oleh peserta2 demo yang protes, wartawan dari Sinar Harian yang cover isu berkenaan menghampiri Nicholas dan meminta dia agar tidak berjalan secara berseorangan. Wartawan dari Sinar Harian itu seorang perempuan yang bernama Jannah. Seperti namanya, akhlaknya juga indah. Bagi memastikan keselamatan Nicholas terjamin sepanjang sesi temubual dan collect info untuk cover story berkenaan, Jannah sentiasa mengikuti Nicholas agar dia tidak diserang oleh kumpulan2 pendemo tersebut.

Tindakan Jannah itu membuatkan Nicholas tersentuh lalu berkongsikan pengalamannya di laman facebook bagi menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Jannah yang sudi melindungi dan mempedulikan keselamatan dirinya dari diancam oleh peserta2 demo turunkan salib pada gereja di Taman Medan.

Dan sikap Jannah itulah sebenarnya yang kita boleh sebut sebagai Islam. Ini yang Islam anjurkan kau buat. Jadi baik untuk diri kau. Jadi baik pada orang lain dan jadi baik demi agama kau.

Dan bila kau baik, orang lain yang terkesan dengan kebaikan kau akan nampak manfaat dan kebaikan Islam.

Tahniah Jannah. Contoh yang baik. 

Bukan macam kumpulan pendemo tue. Mereka jadi jahat. Dan buat agama nampak buruk. Tapi kerana lebih ramai non muslim dan penganut kristian yang memahami fakta bahawa kejahatan kumpulan pendemo itu bukan la sebahagian dari Islam maka mereka hanya mengkritik tindakan kumpulan pendemo tersebut. Mereka tak heret agama pun. Malu la kau semua. Malu la laju2. Nicholas dan Jannah. Dua contoh christian dan muslim yang boleh hidup harmoni. Korang bila lagi ah setannnnnnn.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.