`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 6, 2015

Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar


Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar. Setelah lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok, identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.

Ketika berita ini ditulis, difahamkan belum ada mana-mana pihak tampil menuntut jenazah seorang wanita yang dikatakan pembantu juruterbang, dikenali sebagaiAidana Baizieva berdasarkan senarai dikeluarkan Kementerian Pengangkutan.

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.

Semalam media tersilap melaporkan seorang wanita dalam sekeping foto bersama Kapten Fournier yang tersebar menjadi viral di laman media sosial sebagai Aidana.

Bagaimanapun, wanita sebenar dalam gambar itu tampil menafikannya.

Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar.

Portal New Straits Times (NST) Online melaporkan, wanita dalam foto itu sebenarnya adalah Dzuriasikim Dzulkefli, yang tampil membuat penafian beliau adalah Aidana.

“Saya amat terkejut ada orang yang tidak bertanggungjawab telah ‘mengistiharkan’ saya mati hanya kerana gambar saya bersama juruterbang Clifford William Fournier dalam helikopter,” kata Dzuriasikim seperti yang dilaporkan NST Online.

Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang paling awal dituntut akan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara petang ini, manakala jenazah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saujana Impian, Batu 13 juga petang Ahad.

Jenazah anggota polis Koperal Razkan Seran, iaitu pengawal peribadi Jamaluddin pula sudah diterbangkan ke Sabah untuk disemadikan di kampung halamannya, Tuaran.

Sementara itu mayat mendiang ahli perniagaan, Ketua Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seng pula akan dibawa pulang ke Kedah selepas menjalani upacara penghormatan terakhir dan pembakaran di Xiao En Si, Nilai Memorial Park.

Identiti mayat Kapten Fournier pula telah disahkan oleh wakil kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, yang memaklumkan mayat juruterbang itu akan dituntut keluarganya yang akan tiba di Malaysia esok.

Fournier yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat telah berkerja di negara ini sejak 20 tahun lalu.


Persoalannya sekarang, siapa Aidana Baizieva?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.