`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 19, 2015

Politik Selamatkan Malaysia



Saya tidak berhajat menjadi spoiler- tapi saya hendak komen sikit mengenai cadangan triumvirate Mahathir- Razaleigh –Anwar.

Lee Kuan Yew pernah berkata- if you are in jail, you are useless. Saya rasa Anwar pun sedar perkara ini.

Bolehkah ia dijayakan? Boleh tapi tidak bersama Anwar sekarang. Kerajaan baru mesti muncul dahulu dan membebaskan Anwar.itu pun melalui proses undang2 supaya Anwar mendapat full vindication. 
Untuk include Anwar sebagai faktor sekarang, tidak akan menjadi. Kita tak boleh ubah keyakinan Dr Mahathir bahawa Anwar is not fit to become PM and that is a belief shared by many, I am afraid. 
Selamatkan Malaysia dahulu, kemudian selamatkan Anwar. Kita jangan lupa Pak Sheikh. 

Untuk suatu tempoh, Anwar tidurlah bersama nyamuk di Bamboo River Resort. Apa yang dia boleh buat ialah menasihatkan PKR berkerjasama dengan tokoh politik diluar. 
Buat masa ini, tokoh politik yang boleh menyelamatkan Anwar, jika dia jadi PM ialah Tengku Razaleigh.

TRH berada diluar politik mainstream UMNO. Dia tidak terpalit dengan daki dan persepsi negative terhadap UMNO. Ketika TRH berucap di parlimen bulan lalu, dari sebelah UMNO dan BN- jika satu batang pin jatuh, kita boleh dengar. 
Contrary dengan kepercayaan orang, TRH tidak ada kena mengena dengan skendel BMF dalam tahun 70an. BBMB ketika itu bukan melapur kepada menteri kewangan tapi kepada Jabatan PM.

Orang UMNO boleh memuliakan dan menghormati dia. UMNO boleh memanfaatkan pengalaman dan kecerdikan TRH. Saya bukan nak angkat bakul TRH atau bodek nya( saya dari parti DAP)- tapi separuh dari kepala TRH lebih bernilai dari seluruh badan kesemua menteri dan timbalan menteri kewangan sekarang. Kebetulan saya megenali TRH dan ahli parlimen Pekan dari dekat.

PAS rasa nya boleh berkerjasama dengan TRH dan DAP pun boleh. JIka Lim Kit Siang berkata dia boleh berkerjasama dengn Dr Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia, saya tidak nampak masaalah berkerja dengan TRH.

DR Mahathir tidak ada orang lain untuk menyelamatkan Malaysia. Jika dia pilih Muhyidin, kerajaan baru akan hilang solongan dari Sabah dan Sarawak. Jika dia pilih Muhyidin , Muhyidin akan berdepan dengan pemberontakan dan tentangan Najib loyalists.  Jika Muhyidin takes over, dia mewarisi kerajaan yang akan implode.

Projek tumbangkan Najib boleh dijayakan oleh mereka yang diluar penjara dan ada pengaruh dan sumber. Ketika ini yang ada pengaruh ialah Mahathir- Tengku Razaleigh dan mewakili PKR- Azmin Ali.

Azmin Ali mungkin bertemu Mahathir di London beberapa bulan yang lalu. Saya diberitahu oleh seorang yang hampir dengan TDM, suatu pertemuan did take place in London.

Apa yang dicakapkan? Saya rasa sukar untuk percaya subjek mengenai Anwar diperbualkan memandangkan pendirian Dr Mahathir. Dan saya diberitahu, Azmin pun tidak menimbulkan nama Anwar.

Yang saya rasa dibincangkan ialah isiu politik orang Melayu. Politik orang Melayu ya- bukan politik UMNO. Mungkin yang dipercakapkan bila new political arrangements dilakukan- bagaimana menjamin bahawa kepimpinan politik berada dalam tangan orang Melayu.

Sama ada kita suka atau tidak, kerajaan baru mesti dipimpin oleh orang Melayu. Para pemimpin nya mesti jua lebih ramai melayu. Parti politik bukan melayu menerima fakta ini. Orang bukan Melayu pun yakin negara akan aman dan damai, jika kuasa politik terus berada dalam tangan orang Melayu. Tapi biarlah orang Melayu yang memberi fair treatment, adil, jujur dan cekap. Tidak ada orang hendak orang pas darjah 6 jadi PM kita.

Dan sama ada kerajaan baru suka atau tidak suka , suara bangsa Cina ialah DAP. Maka kerajaan baru mesti melibatkan DAP. PAS mesti juga ada peranan sebagai mewakili kepentingan mereka yang mahu membudayakan kehidupan mereka dengan agama.

Tapi sama ada PAS sebagai sebuah parti politik boleh merealisasikan impian hudud nya- itu perkara lain. Yang penting, PAS mesti participate dalam political arrangements yang baru. Mereka boleh jerit sana sini bahawa hudud itu Allah yang punya, tapi jika tidak ada penerimaan masyarakat kerana 1001 sebab, jeritan itu tinggal impian.

Jadi, apa langkah kita seterusnya?

1)   Pertama menabalkan seorang pemimpin melayu yang boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan oleh semua pihak.

2)   Kedua , melalui menentukan bahawa kepimpinan Melayu itu terdiri dari mereka yang relatif bersih dan komited terhadap politik baru.

3)   Ketiga, dengan menjadikan politik Malaysia inklusif. Ini bererti bangsa bukan melayu mesti di coop kedalam political arrangements baru.

4)   Kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak mesti diiktiraf dan dilihat terlaksana.

Kepada semua parti- politik baru tidak ada tempat untuk politik exclusiveness samaada ianya diasaskan atas agama, bangsa atau klas.

Tanpa mengurangkan hormat kepada Anwar Ibrahim, saya merasakan, pertamanya, Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh must engage with each other. Buat masa ini, saya rasa PKR berfungsi sebagai passive participant. Tidak ada peluang untuk melihat Dr Mahathir berdiskusi dengan Anwar. Bahkan, Dr Mahathir tidak mahu terlibat dengan pembebasan Anwar when that actually takes place.

Ramai orang membaca terlalu jauh kehadhiran Dr Mahathir ketika menziarahi jenazah bapa Anwar- Dato Ibrahim. Ramai orang lupa, Dr Mahathir mengenali bapa Anwar ini lama ketika mula2 politik. Ayah Anwar rasa nya pernah bertugas sebagai dresser dan harus mengenali Dr Mahathir yang seorang doctor. Kemudian ketika politik, ayah Anwar pernah jadi s/u parlimen kesihatan.

Jadi kedua dua Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah mengenali Dato Ibrahim, dan mereka pergi menziarahi jenazah nya atas dasar kawan. Itu menunjukkan bahwa Dr Mahathir ada class. Bukan seperti seorang yang tidak bertegur DR Mahathir selama 6 bulan hanya kerana hendak elak dari memberi jawapan dan berasa bersalah kerana kelentong Dr Mahathir.

The real troika atau triumvirate yang boleh menumbangkan Najib dan kemudiannya membebaskan Anwar ialah melalui Mahathir-Razaleigh dan Azmin. Azmin sendiri memerlukan bantuan untuk kekal jadi MB terutama bila bredepan dengan kemungkinan PAS mahu berkuasa melalui Khalid Ibrahim dengan gabungan PAS dan UMNO dan keberangkalian pembelian beberapa ADUN PKR.

Kepentingan Dr Mahathir dan Razaleigh ialah menyelamatkan Malaysia dan kepentingan Azmin, dalam masa terdekat, ialah menjadi sebahagian dari politik selamatkan Malaysia dengan dia sendiri berkerja menyelamatkan dirinya sendiri.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.