`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 21, 2015

Projek 'elektrik percuma' untuk rakyat Sarawak — bahagian 2

BAHAGIAN pertama lawatan kami untuk melihat sendiri projek 'elektrik percuma'‎ yang diusahakan KEADILAN di Sarawak boleh dilihat dalam artikel sebelum ini, sila klik — elektrik percuma

Selepas menempuh perjalanan mencabar melalui 'jalan balak' selama lebih sejam dengan pacuan 4 roda, kami tiba di Kampung Long Resina yang terletak dalam daerah Lawas.‎ Penduduk di sini mendapatkan bekalan elektrik daripada 'generator' bagi menerangi kegelapan malam.

Kami dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa, buat masa ini, setiap rumah di sini jika memiliki 'generator' terpaksa membelanjakan ‎sejumlah RM300 hingga RM500 sebulan kos bahan api untuk mendapatkan bekalan elektrik. Ditambah dengan kos pengangkutan yang tinggi untuk membeli bahan api di pekan Lawas.


Jelas kos ini terlalu mahal untuk ditanggung oleh penduduk kawasan pedalaman‎ yang hampir tiada pendapatan tetap. Malah bukan semua penduduk mampu untuk membeli sendiri 'generator' bagi menjana tenaga elektrik.

Oleh yang demikian, semasa lawatan kami, KEADILAN Sarawak sedang membina satu 'hidro mini' bagi ‎meringankan beban penduduk di Kampung Long Resina. 

Ketika tibanya kami di sana, kami dapat lihat bagaimana penduduk tempatan bergotong-royong memasang bahan-bahan binaan yang dibekalkan oleh KEADILAN untuk membina 'mini hidro' di kawasan mereka.

Mereka menyambungkan saluran paip bagi membolehkan sumber air sungai berhampiran disalurkan kepada 'turbin'. Satu demi satu saluran paip disambung, merentasi hutan dan belukar dari sungai sehingga ke lokasi turbin tempat di mana penjanaan elektrik dilakukan.

Ahli Parlimen KEADILAN Bayan Baru, YB Sim Tze Tzin sempat bergambar dengan sambungan paip yang sedang dipasang oleh penduduk kampung secara bergotong-royong.


Bersambung...

-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.