`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 6, 2015

2 Pelajar Panjat Siling Untuk Rakam Guru Wanita Guna Tandas


MELAKA: Dua pelajar lelaki tingkatan 2 sanggup memanjat siling sekolah dan menunggu selama berjam-jam hanya bertujuan merakam video guru perempuan sekolah di sebuah sekolah disini menggunakan tandas.

Hasil dari usaha mereka itu, kedua-dua pelajar terbabit dipercayai telah mengumpul lebih dari 10 gambar dan video guru-guru di sekolah mereka.

Kedua-dua pelajar berkenaan memanjat siling di tandas pelajar sebelum berjalan kearah tandas wanita untuk membuat rakaman ketika waktu rehat.
Bagaimanapun, aktiviti keji mereka itu akhirnya berjaya dikesan dan telah ditangkap pada 27 April lepas selepas seorang guru menjerit meminta bantuan selepas mendengar ada bunyi dari siling.

Setelah ditanya oleh guru disiplin, mereka berdua mengaku telah melakukan aktiviti itu sejak awal bulan lalu. Kedua-dua pelajar itu dikenakan hukuman gantung persekolahan pada hari yang sama.

Salah seorang dari guru telah membuat laporan polis, bimbang akan kemungkinan video itu telah dimuat naik ke atas talian (online).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.