`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 2, 2015

Berapa Billion RM Harta Milik Keluarga Bangsawan Najib Rosmah ?

Utusan
Baguslah bila Zahrain sekali lagi memperingatkan kita akan asal usul Najib dari keturunan kelas berdarjat dan bangsawan. Minggu lepas dah keluar kenyataan bangsawan itu sebagai menjawab artikel TEMPO yang mendedahkan gaya hidup mewah keluarga Najib Rosmah, hari ini keluar lagi.

Agaknya Zahrain tidak mahu rakyat lupa akan perkara itu .... ok, jom kita bincang agar tidak mudah lupa akan kebangsawanan Najib.


Pertamanya, benarkah keluarga Najib Rosmah begitu kayaraya ? Yep, yang ini kita tidak boleh pertikaikan lagi sebab telah disahkan oleh PMO dan Zahrain sendiri dan yang paling utama, disahkan sendiri oleh gaya hidup mewah ( lavish lifestyle ) keluarga Najib Rosmah sendiri.


Kaya biasa atau kaya giler ? Sudah tentu KAYA GILER ! Kalau tidak mana mampu anak Rosmah boleh beli kondo mewah di NewYork bernilai RM110 juta dan rumah lebih RM60 juta di Beverly Hills secara tunai !! Belum cerita kemewahan sambutan perkahwinan anak mereka baru2 ini...



Itu baru anak2 Najib Rosmah ....... Rosmah sendiri ?

TAPI seperti kata Zahrain, apa nak diherankan kalau sememangnya keluarga mereka kaya giler... duit mereka, jadi ikut pandailah mereka nak hidup lavish pun...

Hmmmm ..... tertanya juga saya, apakah gaya hidup mewah keluarga Najib Rosmah ini hanya terserlah sejak Najib jadi PM atau memang dari dulu lagi sebelum jadi PM lagi dah nampak ? I mean, kekayaan itu kan di warisi, so tidak ada kaitan dengan jawatan PM. Maknanya sebelum jadi PM lagi keluarga Najib Rosmah sudah kaya giler.... kan ?

Atau sejak berstatus keluarga PM jer baru terserlah keinginan mahu hiduplavish ? Sebelum itu lebih kepada Wasatiyyah atau Kesederhanaan seperti yang sering dilaung2kan oleh Najib ?



Apakah gaya hidup mewah itu menepati konsep Wasatiyyah ? 

Benarkah seluruh keturunan datuk kepada Najib itu hidupnya mewah atau cuma keluarga Najib Rosmah saja ? Saya bertanyakan ini kerana bukankah adik beradik Najib sendiri yang telah protes kepada kenyataan PMO yang mendakwa kekayaan keluarga Najib Rosmah adalah hasil harta pusaka ?

Kalau kaya giler dan jika semua perbelanjaan adalah hasil duit sendiri, saya rasa rakyat tak boleh nak cakap banyaklah kecuali pertikai sikap menunjuk2 kemewahan jer lah .... Wasatiyyah lah konon...

TAPI ..... kalau dah kaya giler, tidak seharusnya timbul cerita2 tentang salahguna harta kerajaan untuk kegunaan peribadi.... haaaa, yang ini rakyat tak suka dengar.

Sebelum ni dah kecoh hal penyalahgunaan jet kerajaan untuk tujuan peribadi.... terbaru rakyat dah mula bertanya siapa yang bayar kos rombongan kahwin ke Kazakhstan ? Adakah keluarga Najib Rosmah yang bayar atau keluarga besan yang tanggung atau penumpang yang bayar sendiri ( hah ! ) ?

Tak perlulah tunggu wakil rakyat bertanya di Parlimen baru nak jawab ..... isu macam ni pejabat PMO atau Najib Rosmah sendiri boleh terus je jawab supaya rakyat tidak terus bergossip.

PASTI ada yang marah dengan artikel ini ! Kenapa ? Rakyat tak boleh tanya ke ? Jadi PM ni macam jadi artis juga .... kehidupan anda dah jadi milik umum, semua orang mahu tahu cerita anda. Standard lah tu .... semua rakyat negara di dunia pun macam tu juga. 

Apatah lagi jika PM itu juga adalah Menteri Kewangan ...... dan juga bertanggungjawab mewujudkan 1MDB ... yang kebetulan berdepan dengan persoalan2 tentang urus kewangan billion2 RM yang masih belum terjawab ..... kes yang ini hanya di Malaysia saja, negara lain di dunia tak ada. 

Tak perlu nak marah2 .... jawab saja dan elakkan kontroversi. Kita tak naklah nanti ada rakyat yang mengaitkan kekayaan giler keluarga PM dengan isu 1MDB... kan ?

Yang sebenarnyalah, berapa nilai harta kemewahan yang dimiliki oleh keluarga bangsawan Najib Rosmah ni ? Berapa billion RM yang mereka miliki ? ( i mean, kalau boleh miliki hartanah bernilai RM ratusan juta, pastinya harta mereka mencecah billion, kan ? )




Salahkah kalau rakyat mahu tahu secara lebihkurang jer, nilai kemewahan keluarga PM mereka ? Bila dah tahu PM memiliki sekian2 billion, saya percaya lepas ni takde lah orang nak bersangka buruk lagi setiapkali baca berita akan lavish lifestyle mereka. 

Alaaaa.... dia billionair, dia mampu .... apa kisah. 

Jadi demi kebaikan keluarga Najib Rosmah sendiri, mungkin ada baiknya didedahkan lebihkurang nilai kemewahan yang mereka miliki ..... tak gitu ? Demi mengelakkan sangka buruk di kalangan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.