`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 19, 2015

" BESTNYA PUNYA ABANG KETUA POLIS "

Ini geng abang lang punya pasal. Kita kasi tutup mata sama dia, kalau pembangkang kita gari sama dia, kalau geng UMNO kita layan macam raja.

Inilah pendakwaan terpilih yang berlaku dalam negara kita Malaysia. Jika melibatkan pembangkang sahaja, tahan reman, gari dah sebati dengan PDRM. Hanya kerana orang macam KPN ini lah habis rosak nama PDRM. 

Orang demo sampai melibatkan agama orang lain pun tidak diambil apa-apa tindakan, demo gst untuk perjuang hak rakyat digari dan ditahan reman, semua gara-gara ketua demo abang sendiri. Hak tuiiiiiiiii.



Abang ketua polis negara dan penunjuk perasaan membantah penggunaan salib di sebuah gereja di Petaling Jaya tidak perlu ditangkap, direman atau digari kerana telah memberikan kenyataan penuh kepada pihak berkuasa.

“Tiada tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan tersebut memandang kesemua mereka yang diarahkan hadir ke balai polis hadir memberikan ketengan penuh, maka tiada keperluan untuk ditahan reman, digari dan ditahan bagi melengkapkan siasatan,” kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kementerian menjelaskan perkara itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Parlimen hari ini.

Setiausaha agung DAP itu mahukan menteri dalam negeri menyatakan sebab tindakan sama tidak dikenakan terhadap kumpulan itu, seperti dilakukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan wartawan The Malaysian Insider (TMI) sebelum ini.

Beberapa wartawan TMI sebelum ini bermalam di lokap ibu pejabat polis daerah Dang Wangi selepas kontroversi laporan berkaitan majlis raja-raja Melayu dan hudud.

Menyentuh perhimpunan 20 Mei di Medan Square Taman Medan 20 April lalu, kementerian menjelaskan bahawa kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 558/551 Kanun Keseksaan atas kerana cuba melakukan pencerobohan bangunan.

Kementerian juga menjelaskan kira-kira 40 orang hadir dalam perhimpunan itu selain menegaskan siasatan akan diambil tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik serta tanpa rasa takut dan memihak. M Kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.