`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 7, 2015

Dengan Sekelip Mata, Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai..


Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai. Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).

Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.


"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.

Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.

“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.

Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai

Sebelum ini, Azeez  menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.

"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.

"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.


Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar), yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.

"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.

Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.

Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.

Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.

Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.


"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.