`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 24, 2015

Dr M dakwa 'pembohongan' Najib isu 1MDB salahlaku jenayah




Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "berbohong" berhubung isu dana firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad bernilai US$1.103 bilion (RM3.97 bilion), dengan menyatakan mungkin ada salah laku jenayah.

Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun bawah Kanun Keseksaan.

"Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong," tulis bekas presiden Umno dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir merujuk jawapan perlimen perdana menteri pada 10 Mac di mana Najib berkata jumlah wang itu ditebus sepenuhnya dalam bentuk tunai dan kini disimpan di BSI Bank Limited Singapore.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Najib yang juga menteri kewangan menukar jawapannya berhubung perkara ini menyatakan tiada tunai dalam bank tersebut tetapi hanya "aset dalam AS Dollar".

Hal ini lebih menghairankan apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan aset sebenarnya dalam bentuk "unit" tetapi enggan menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

Dr Mahathir mendakwa perbuatan itu sebagai "menyembunyi kesalahan" dalam urusan kerajaan dan ia adalah salah di segi undang-undang bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.