`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 19, 2015

Gian!!! (Gambar) Tiga Janda Lawa Dicekup Bersama Lebih 100 Individu Lain Di Kuala Kedah..Jom Terjah!!!


Seramai 145 individu termasuk tiga janda yang disyaki penagih dadah dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan Ops Cekup di sekitar Kuala Kedah di sini semalam.

Serbuan selama dua jam bermula pukul 10 pagi itu dilakukan di tujuh lokasi tumpuan penagih antaranya di pesisir pantai Pelantar Siput sehingga ke Kota Marina, sekitar Kampung Tepi Laut, Terminal Feri Kuala Kedah dan Lorong Mayat.


Pengarah AADK negeri, Mohammad Nazer Mustafa berkata, pemeriksaan turut dilakukan di dalam bot-bot nelayan yang disyaki menjadi tempat penagihan dadah di pesisir pantai dan kuala sungai.

“Dalam serbuan itu, ramai penagih melarikan diri dengan terjun ke dalam laut, namun kira-kira 30 nelayan yang bertindak sedemikian akhirnya berjaya ditahan.


“Pihak kami telah mendapat bantuan daripada pasukan Ma­ritim Malaysia untuk menahan nelayan yang disyaki penagih dadah di atas bot dan juga yang terjun ke dalam laut,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Serbaguna Kementerian Dalam Negeri, Anak Bukit di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.