`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 16, 2015

Hakim tarik diri kes Bafia Rafizi


Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob hari ini menarik diri daripada mendengar kes yang membabitkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.

Sebelum ini, Salleh yang merupakan pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) menggesa Rozina agar menarik diri atas alasan hakim tersebut mempunyai pertalian keluarga dengan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rozina berkata, beliau memilih untuk menarik diri kerana Salleh merupakan salah seorang saksi utama kes tersebut dan bagi mengelakkan salah faham.

"Saya rasa lebih baik sekiranya saya menarik diri daripada kes ini untuk mengelakkan salah faham. Lebih baik ia dilakukan sekarang. "Saya rasa saya boleh menjalankan tugas ini dengan adil tetapi memandangkan terdapat (salah seorang) saksi utama yang mempunyai talian persaudaraan dengan ayah saya, saya rasa lebih baik saya menarik diri," katanya.

Difahamkan, Salleh tidak mengetahui dirinya mempunyai pertalian saudara dengan Rozina.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili Bank Negara Malaysia dan peguam Rafizi, N Surendran mengatakan mereka tidak ada sebarang halangan untuk Rozina meneruskan pendengaran tersebut.

Pendengaran semula kes tersebut akan dilakukan pada 22 Mei ini dan hakim pengganti akan dimaklumkan secara bertulis esok.

Pada 5 Mei lalu, Salleh Menggesa Rozina untuk menarik diri daripada mendengar kes membabitkan Rafizi di bawah kes Bafia kerana kaitan kekeluargaan dengan Nik Nazmi.

Salleh berkata, Rozina pernah menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas dimaklumkan bapanya yang mereka mempunyai talian persaudaraan.

Katanya,dalam PKR, Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi parti itu, melapor kepada Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.

"Disebabkan ini, peguam negara dan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes Bafia Rafizi perlu dimaklumkan untuk memfailkan penarikan diri kerana berlakunya konflik kepentingan dan ketidakadilan.

"Peguam saya menasihatkan, walau apa jua keputusan yang dibuat hakim Rozina di penghujung kes, seluruh integriti perbicaraan itu akan dipertikaikan, terutamanya hubungan keluarga antaranya dengan Nik Nazmi," kata Salleh.

Rafizi bersama bekas kakitangan Public Bank Berhad, Johari Mohamad, ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 1 Ogos 2012 kerana melanggar Seksyen 97 (1) Bafia dan boleh dikenakan hukuman 3 tahun penjara, denda RM3 juta, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Rafizi didakwa mengedarkan 21 akaun Public Bank kepada media, mendakwa Salleh menyeleweng pinjaman wang kerajaan untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City dengan tunggakan daripada Mac 2011 hingga Februari 2012 berjumlah RM71 juta.

Namun, bukti dokumen dan keterangan mahkamah menunjukkan, dakwaan itu tidak benar dan tiada pinjaman Public Bank yang diambil Salleh untuk membeli hartanah di KL Eco City.

Disebabkan itu, Rafizi disaman NFC dan pengerusinya secara berasingan dan perbicaraan dijadualkan bermula pada 26 hingga 30 Oktober 2015.

"Tiada gunanya Rafizi mencabar Perlembagaan mengenai Bafia kerana Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebulat suara berpendapat, dakwaan terhadap Rafizi di bawah Bafia bukan mala fide, menindas atau mempunyai tujuan politik," kata Salleh.

Salleh yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil itu berkata, permohonan Rafizi itu pastinya tidak diperlukan dan "res judicata" memandang mahkamah sebelum itu sudah membuat keputusan mengenainya.

"Permohonan mencabar Bafia ini sebenarnya cubaan Rafizi melengahkan perbicaraan, menangguhkan dan menafikan hak kami mendapatkan keadilan dan hukuman terhadap individu yang menjejaskan NFCorp dan diri saya sendiri," katanya.

Rafizi didakwa kerana mendedahkan maklumah sulit bank mengenai NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industri Sdn Bhd dan Salleh kepada perunding media, Yusof Abdul Halim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Jika sabit kesalahan, Rafizi bakal hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.