`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 3, 2015

INGATKAN APABILA SHABERY CHEEK AMBIL ALIH TANGGUNG JAWAB ISU KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR AKAN MEMBAWA KEREDAAN KEPADA RAKYAT TETAPI HAMPEH!!!!!



SHAH ALAM  3 April 2015: Empat syarikat telekomunikasi (telco) utama negara sedia memberikan bonus kepada semua pengguna perkhidmatan prabayar sepanjang bulan ini, sebelum ia memperkenalkan harga baru kepada perkhidmatan tersebut. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, bonus terbabit melibatkan nilai antara RM1.20 dan RM1.30 yang akan ditambah ke dalam akaun pengguna. 

Ahmad berkata empat syarikat telco berkenaan Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile bersetuju berbuat demikian selepas sesi perbincangan dengannya pada Jumaat. 

Jelasnya lagi, tempoh sebulan tersebut dipersetujui untuk memberi masa kepada syarikat berkenaan mengubahsuai semula sistem mereka. 

Selepas tempoh itu, pengguna akan dikenakan caj RM9.43 dicampur dengan RM0.57 GST untuk perkhidmatan prabayar bernilai RM10.00 

"Semalam, syarikat telco telah memutuskan, setelah berbincang dengan kastam, untuk mengekalkan harga RM10.60 (contoh bagi kad prabayar RM10) tetapi mendapat bonus 'air time' bernilai hingga RM1.30. 

"Namun setelah menerima bantahan daripada rakyat, saya mengadakan satu lagi mesyuarat bersama telco untuk mengubah keputusan tersebut kepada pengekalan harga RM10 ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Proton Holdings Bhd, di sini hari ini. 

Beliau juga mengulangi bahawa kupon tambah nilai prabayar itu sememangnya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar enam peratus sebelum ini. 

Justeru katanya harga tidak sepatutnya berubah apabila GST dilaksanakan. 

Tambah nilai prabayar yang dijual melalui kad atau kupon sebelum ini adalah antara barangan yang dikenakan GST apabila ia berkuatkuasa 1 April lalu. 

Bagaimanapun ia tidak disambut baik pengguna yang kebanyakan mereka daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. 

ROMPIN 1 Mei 2015 – Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad prabayar dihapuskan. Ahmad Shabery Cheek 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kehilangan besar hasil berkenaan disebabkan kebanyakan yang menggunakan perkhidmatan tersebut ialah pekerja asing. 

“Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh. 

“Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya ketika ditemui selepas berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Felda Keratong Lima di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, dalam isu berkenaan, kerajaan bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar. 

Walau bagaimanapun kata beliau, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas tinjauan pengguna siap dilakukan pihaknya. 

“Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya. 

Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, jabatan berkenaan mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan. 

“Saya harus akui bahawa berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” ujarnya. 

ULASAN OMAK KAU:- 

Pendekkan cerita memang tiada niat langsung kerajaan nak hapuskan GST keatas tambah nilai prabayar sebab tahu ianya cukup menguntungkan iaitu RM 800 juta setahun. 

Jika kerajaan bijak dan tajam bacaan politiknya maka Omak Ku saran dan nasihatkan agar GST keatas tambah nilai kad prabayar ini dihapuskan kerana mahoriti anak-anak muda melebehi 80% dinegara ini menggunakan kad tambah nilai prabayar. 

PRU ke-14 adalah PRU anak-anak muda .. jika sentuh dan usik kocek mereka yang kini pun sudah agak terhimpit mereka maka tunggu sahaja balasan akan menimpa dimana kemarahan akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti. 

Jika tidak masakan Pemuda UMNO sendiri pun berang dan bengang .. isu kad tambah nilai prabayar ini amat dekat sekali dihati anak-anak muda terutamanya para pelajar IPTA/S.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.