`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 23, 2015

MAHFUZ OMAR: ‘DAP PATUT DIAM’

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/10/Mahfuz-Omar-300x202.jpg
(Rakyat News) – Pemimpin DAP diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan hanya akan bekerjasama dengan mana-mana Ahli Parlimen PAS yang mahu bekerja bersama mereka.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, seandainya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menamatkan kerjasama dengan DAP, ia dilihat keputusan parti yang harus diikut semua ahli parti.
“Mana boleh ada kerjasama dengan sesetengah Ahli Parlimen PAS sahaja. Kami semua membawa misi dan visi parti. Sebarang kerjasama dengan parti lain tertakluk kepada Abdul Hadi.
“Hak pengasingan untuk bekerjasama perlu mengikut suara parti. Kita minta pemimpin DAP diam sahaja dari membuat kenyataan mengadakan kerjasama dengan Ahli Parlimen PAS terpilih sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahfuz mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di dalam sebuah portal yang menyifatkan DAP tidak mendapatkan kerjasama daripada Abdul Hadi.
Bagaimanapun jelas Teresa, mereka tetap memberi bekerjasama dengan Ahli Parlimen PAS dan pemimpin lain yang boleh bekerja dengan DAP.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.