`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 13, 2015

MCA akui GST, 1MDB jejas undi Cina

  


Walaupun sebahagian undi Cina di Permatang Pauh berpindah kepada BN, Naib Presiden MCA Chew Mei Fun berkata ia masih tidak mencapai matlamat seperti diharapkan.

Malah, Chew berkata isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 1MDB menjadi halangan utama kepada BN untuk mendapat undi Cina lebih tinggi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

“Kalau kita lihat di Kampung Sungai Lembu saja, undi Cina memang berpindah kepada BN, namun ia masih tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan.

“Ini mungkin kerana kita menghadapi kekangan daripada isu GST dan 1MDB.

“Jika bukan dua isu itu, saya yakin undi Cina yang berbalik kepada BN mungkin lebih tinggi," kata Chew dalam satu sidang media hari ini di pejabat MCA di ibu negara.

'Selesai masalah 1MDB segera'

Chew bersetuju jika isu 1MDB tidak diselesaikan secepat mungkin, prestasi BN, khususnya MCA, dalam pilihan raya akan terus terjejas.

Beliau menyeru pihak berkenaan menjelaskan isu MDB kepada rakyat dan menyelesaikannya secepat mungkin.

“Ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan, bukan sahaja MCA dan saya berpendapat begitu, saya rasa seluruh rakyat Malaysia pun rasa begitu.

“Jadi saya berharap masalah 1MDB dapat diselesaikan secepat mungkin dan memberi satu penjelasan kepada rakyat," kata Chew. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.