`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 12, 2015

Najib lwn Mahathir: Silat lwn Kalari Payat



PM Najib boleh jerit  sana sini. Dia boleh upah MP Kalabakan himpun orang ramai. Beri t shirt, topi, duit dan sediakan makanan. Karipap mungkin RM3 satu. Orang pun ramai datang.

Najib pun suka dan gembira. Rakyat masih sayangkan aku. Mungkin juga ada placards we love PM.

Tapi Najib dan saya tahu bahawa  jika Dr Mahathir memulakan sesuatu  dia akan usaha sampai ke penghujung. Jika dia kata dia nak tumbangkan Najib , bersedialah kita -dia akan usahakan langkah2 sehingga Najib jatuh.

Walaupun umur 90 tahun, bila ada perlawanan, Dr Mahathir ada anjakan adrenalin. Otak nya kembali muda. Langkah nya akan jadi mantap. Silatnya akan jadi tangkas.

Najib bersilat, dr Mahathir kalari payat. Bugis lawan Malabar.

Jika Najib sokong Dr Mahathir dan kerana sokongan itu, Dr Mahathir jadi PM selama 22 tahun, perkara serupa boleh diaplikasi keatas Najib. Kerana sokongan itu Najib dapat tempat dalam UMNO sehingga jadi PM. Orang UMNO tahu berapa kali Najib hampir digugurkan tapi selamat kerana Dr Mahathir berlembut.

Dan Dr Mahathir tahu kenapa Najib ubah sokongan pada saat akhir kepada nya.
Sama ada Najib Tun Razak kurang ajar atau dr Mahathir tak ada rasa malu, kita bebas menterjemahkan nya. Di Tawau, PM Najib suruh Dr Mahathir jangan buat bising lah. Mereka, termasuk Najib telah menyokong dia dari tahun 1987. Dr Mahathir kena sokong pula. Kalau tak sokong diam sahaja ba.

Tapi kerana sokonga itu jua, Najib terus jadi menteri semenjak 1987, dinaikkan pangkat sebahagian besar nya bawah perlindungan Mahathir dan jdi TPM dan PM atas desakan Mahatir juga.

Budi siapa kepada siapa yang lebh besar?

Tidak kiralah sama ada orang yang berhimpun itu disewa atau tidak atau di punggah dengan segala kenderaan supaya memenuhkan ruang. Najib suka ada pesta dan orang ramai kerana ianya memebri ilusi sokonan terhadapnya kuat. Orang bangsawan suka jika ada rongeng2 sikit, nyanyi2 sikit, gedik2 sikit.

Dr Mahathir yang sudah 90 tahun macam tak reti Bahasa- PM suruh diam dan sokong, dia masih hentam. Kita menunggu DR Mahathir keluarkan kenyataan megapa Najib menyokong nya disaat akhir.

Umum tahu bahawa Najib ketika itu, sampai ke saat akhir menyokong Tengku Razaleigh. Mesti ada rahsia besar yang Dr Mahathir ada keatas Najib yag menyebabkan Najib menyokong DR Mahathir. Kita tunggu juga jawapan Dr Mahathir.  

Seperti orang lain, saya baca tulisan Dr Mahathir yang mutakhir. Perenggan yang meminatkan saya ialah:

Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

Dasar parti mungkin bertentangan satu sama lain- tapi keinginan untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, dipimpin oeh kerajaan yang jujur dan boleh dipercayai, berdiri atas prinsip perintah ikut undang adalah impian bersama.

Dibawah umno, mereka perintah ikut selera PM. Seperti yang Dr Mahathir sendiri sebut- pengadu yang melapurkan mengenai jho Low dirampas rumah dan diistihar  muflis, pemberita ditangkap, ugutan sana sini.

Kedaaan tidak akan lebih huru hara seperti yang berlaku sekarang. Kita sudah sampai ke bontot tong, tidak ada arah lain melainkan keatas.

Di negeri yang diperintah oleh DAP, PKR dan PAS keadaan lebih teratur dari pemerintahan Malaysia dibawah AhJib Gor.

Dr Mahathir tidak sebut perkara yang terpenting. UMNO tumbang dan akan tewas kerana parti itu gagal mengundang believability. It is failing because it no longer enjoys believability.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.