`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 13, 2015

"Nasib Baik Keropok Lekor Tidak Dicagar Sama"

Image result for najib and 1mdb

Hanya beberapa jam selepas ahli-ahli MT memberi sokongan kepada Najib Razak sambil mahukan beliau menyelesaikan apa juga masalah berkaitan 1MDB, kini timbul satu lagi pendedahan "menggerunkan" daripada bekas MB Terengganu, Ahmad Said.

Beliau yang dipaksa meletakkan jawatan tahun lalu mendedahkan syarikat pelaburan itu pernah berhasrat hendak mencagarkan minyak dan gas di Laut Terengganu tetapi tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan negeri tidak menyetujuinya. 

Katanya, urusniaga itu dilakukan ketika 1MDB menpunyai hubung kait dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) dan beliau kemudian turut dimarahi oleh Najib atas beberapa masalah yang timbul serta menjadi antara punca beliau "diturunkan" daripada jawatannya sebagai ketua kerajaan negeri itu.

Ahmad Said juga berkata, beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan lebih banyak perkara mengenai "hanky panky" melibatkan 1MDB yang diketahuinya.

Dengan munculnya pendedahan Ahmad Said ini, satu lagi tamparan menerjah singgah ke pipi Najib. Ia secara tidak langsung bermaksud bahawa syarikat pelaburan itu memang sejak awal penubuhannya lagi sudah mahu dilencongkan dengan kesanggupan mencagar apa saja demi mendapatkan wang.

Maka itu, tidaklah menghairankan mengapa ia sanggup berhutang sehingga RM42 bilion sedangkan pelaburan dan pembelian asetnya sebagaimana yang digariskan oleh Tun Mahathir hanya kira-kira RM16 bilion saja.

Najib juga nampaknya sanggup menurunkan Ahmad Said daripada jawatan MB Terengganu hanya kerana hasrat serta keinginannya mahu mencagar minyak dan gas itu gagal dipenuhi.

Kalaulah minyak dan gas itu berjaya digadaikan dahulu, bayangkan apa yang tinggal lagi untuk rakyat Terengganu daripada hasil bumi yang diperolehi di negeri sendiri?

Seorang rakan berasal dari Terengganu berkata, jika usaha mencagar minyak dan gas itu tidak dihalang dahulu dan berdasarkan apa yang berlaku kepada 1MDB sekarang, tidak mustahil industri keropok lekor juga sudah jadi hak milik asing ketika ini.

Maknanya, walaupun kelihatan kasar dan "gedebe", Ahmad Said ada jasa dan sumbangannya yang tersendiri untuk rakyat Terengganu.

Apa yang diharapkan oleh ramai pihak ialah agar Ahmad Said tidak menunggu terlalu lama untuk mendedahkan apa yang diketahuinya mengenai kepincangan serta campurtangan Najib dalam syarikat pelaburan itu.

Beliau juga diharapkan tidak menjadikan semua ini sebagai ugutan dan tawar menawar untuk memperolehi sesuatu yang semata-mata bersifat untuk kepentingan dirinya saja.

Sebagai bekas ketua kerajaan negeri, Ahmad Said harus membuktikan pendedahannya adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat, sambil dapat membersihkan semula namanya yang tercalar akibat dipaksa berundur oleh Najib sebelum ini.

Setelah dana daripada Tabung Haji, KWAP, PNB dan percubaan menggadai minyak serta gas turut didedahkan sebagai percubaan untuk membiayai 1MDB, apakah akan muncul pendedahan-pendedahan baru lagi selepas ini?

Apakah pendedahan demi pendedahan ini bakal menjadikan sokongan yang diterima Najib akan mula terbarai dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri juga menjadi semakin rapuh? (SH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.