`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, May 4, 2015

Perangai kerajaan yang memerintah lebih 57 tahun

Weeeeeeeeeeeeeeekkkkkk!!!!

Macam mana hendak melahirkan perasaan tidak menerima GST. Berhimpun ramai-ramai menyatakan bantahan, di tangkap polis dan mungkin disumbat dalam penjara.Menulis dalam media sosial di mark di bawah akta hasutan.

Menteri dan timbalan menteri, yang berbangga dengan mengeluarkan kenyataan kepada  orang ramai terutama kawasan pilihanraya kecil bahawa rakyat telah menerima dan tidak membantah GST.

Inilah yang dinamakan kenyataan syok sendiri yang pointnya dan ketegasannya, serta penerimaan paksa rakyat,  dilindungi undang-undang polis dan undang-undang pelindungan kekalkan kerajaan sampai kiamat.

Apabila pilihanraya kecil berlaku harga RM90,000 bagi rumah generasi kedua berbanding RM125,000 akan dilaksanakan ke seluruh kawasan Felda seluruh negara, bukan setakat hanya di Parlimen Rompin.Ini bukan gula-gula untuk masyarakat Rompin bersempena PRK.


Pelbagai contoh pengisian perilaku kerajaan perasuah dan wakil rakyat perasuah setiap kali menjelang pilihanraya.Bagi SPR perangai ini satu khidmat bakti kerajaan kepada rakyat. Satu tradisi yang diwarisi setiap kali pilihanraya.
Majlis penyampaian sumbangan bagi masjid, surau dan sekolah agama Permatang Pauh.


Parlimen Rompin sebanyak 1,504 unit rumah PGBF sedang dalam proses pembinaan dan menjadikan kawasan ini yang paling banyak dibina rumah berkenaan. -





Keluar parti makin rancak di Permatang Pauh.

Ayat-ayat cantik dan sedap telinga mendengar
Keluar parti makin rancak di Permatang Pauh.Dijangka PAS dan PKR serta DAP dibubarkan selepas pilihanraya . Kita sama-sama lihat selepas 7 Mei 2015.
"Ini masalahnya apabila kerajaan negeri tidak sama dengan Pusat. Apa sahaja projek yang kita nak buat untuk rakyat sama ada ditolak atau diterima tetapi dengan syarat-syarat yang kita sukar tunaikan.
Pembangkang lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding keperluan rakyat

Ayat –ayat yang membangangkan  rakyat.
Banyak projek pembangunan yang mahu dilaksanakan di negeri ini menghadapi kesukaran ekoran tidak mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan negeri.
"Pilih pemimpin yang boleh mewakili suara rakyat bukannya pemimpin yang hanya menjadi wakil suami," 
Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin berikrar akan bekerja 18 jam untuk rakyat dan tidur hanya  6 jam.

Pilihanraya kecil merupakan gedung rasuah kerajaan kepada pengundi. Menang  UMNO kerana rasuah, sah  pengundi menyokong rasuah, manakala kalah  UMNO pengundi menolak umpan rasuah satu keikhlasan demokrasi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.