`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 9, 2015

PRK Permatang Pauh : UMNO / BN Sudah Sampai Tarikh Luput

Ini bukan saya cakap. Jangan marah saya ok. Ini Pemuda UMNO yang cakap. Nah..baca kenyataan akhbar Pemuda UMNO  Pulau Pinang:

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERHUBUNG ISU NASIONAL YANG MEMBELENGGU RAKYAT

Permatang Pauh menyaksikan pengundi muda telah menolak secara 'total' calon Barisan Nasional. 

Selepas pelbagai program sukan, santai dan keagamaan yang di rancang khusus mengikut acuan orang muda, undi mereka tetap tidak bersama kita

isu Nasional merupakan punca utama BN tumbang di Permatang Pauh. 

BN tewas ..kerana kita memberi peluru untuk mereka menyerang kita.

(Pendek kata, BN tidak relevan bagi mereka. BN sudah expiry date, dah tarikh luput, shelf life sudah habis.
)

Secara khusus nya, antara isu yang masih membelenggu mereka ialah :

1. 1MDB- walaupun berulang kali di beri penjelasan oleh pelbagai pihak termasuk PM rakyat masih melihat ianya bukan sebagai jawapan tetapi lebih kepada memberi alasan. 


Auditan oleh Jabatan Audit Negara masih belum sampai ke pengetahuan rakyat. Tidak ada kah satu keperluan untuk menetapkan satu tempoh yang khusus kepada Jabatan Audit Negara agar mereka membentang hasil Auditan kepada rakyat?

(Err..audit itu belum bermula lagi kut. Audit itu tidak boleh siap sebab Auditor General kita tidak boleh memaksa penguatkuasa Cayman Islands berkongsi maklumat yang amat perlu untuk menyelesaikan kes ini. Juga autoriti di Seychelles Islands tidak boleh dipaksa untuk bekerjasama. Maka Auditor G. kita akan menemui kebuntuan.  Mungkin perkara ini akan diumumkan kepada kita selepas tiga tahun sudah berlalu.)

2. GST- Kenyataan dari masa ke semasa oleh Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan juga sering di persendakan oleh rakyat. Keputusan 'Top up' yang sering ' U-Turn ' amat memalukan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mempunyai ' Bargaining Power ' berdepan dengan Syarikat Telekomunikasi.

(Depa tak faham niaga, tak faham kira-kira, tak faham bisnes yang simple pun. Dia kata prepaid RM10 mesti dapat nilai penuh RM10. Ok. Habis siapa bayar GST? Saya beli bateri RM3.50. Saya pun nak nilai penuh RM3.50. Habis siapa nak bayar GST untuk bateri tu? Takkan taukeh kedai bateri nak bayar untuk saya? Why not kita suruh Kerajaan bayar? Depa yang pi letak GST. Depa lah bayar!  Kalau Kerajaan tak mahu bayar, habis macam mana kita boleh dapat 'full value' RM10 untuk prepaid tadi? Kita juga yang kena bayar GST).

..Rakyat keliru dan gelisah apabila di khabarkan bahawa mereka tidak akan dibebani dengan kenaikan kos saraan hidup dengan perlaksaan GST ini tetapi pada hakikatnya harga barang dan perkhidmatan secara keseluruhannya naik tanpa sebarang kawalan. 

(Harga barang semua sudah naik gila. Orang tak ada duit nak beli barang pun. Apabila tolak GST 6%, duit RM100 sudah kecut jadi RM94. Tolak lagi kenaikan harga 10%, RM94 kecut lagi jadi RM84 sahaja. Gaji masih RM100, tetapi barang yang boleh dibeli sekarang sebanyak RM84 sahaja. RM16 hilang kepada GST dan kenaikan harga barang.)

3. Sehari sebelum PRK Permatang Pauh sekali lagi rakyat di kejutkan pula dengan pembelian sebidang tanah oleh TH bernilai RM 188.5 juta di Tun Razak Exchange daripada 1MDB. Kami amat faham bahawa TH perlu membuat perlaburan dalam sektor hartanah bagi membolehkan para pendeposit TH mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah pembelian ini adalah satu strategi menyelamatkan 1MDB. Ini adalah kerana tanah ni di jual oleh Kerajaan Pusat  kepada 1MDB dengan harga RM 60 sekaki tetapi di jual pula kepada TH dengan harga RM 2860 sekaki. Jawapan segera amat lah di pohon untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia terutamanya pendeposit TH kerana mereka berhak mengetahui bagaiman wang yang mereka depositkan ini di laburkan.Kami berterima kasih kepada pembocor maklumat sulit pembelian tanah ini. Jika bukan dengan tindakan beliau, rakyat tidak akan tahu menahu hal ini.

(Banyak lagi benda depa buat senyap-senyap. Ini biar chacha bagi sedikit nasihat percuma - di mana ada duit di situ lah lalatnya juga. Jadi semua agensi yang jaga duit besaq - Tabung Haji, KWAP, KWSP, Khazanah, LTAT, PNB dsbnya semuanya perlu diawasi dan dikawal ketat. Di situ juga banyak sekali lalat.) 

Akhir sekali kami merayu dan meminta Y.A.B Presiden dan Perdana Menteri Malaysia dapat memberi jawapan segera kepada isu yang telah di bangkitkan oleh rakyat.  

(Dia tak akan jawab. Period.)

Kami tidak mahu BN dan UMNO terus menerus di tolak kerana tindakan dan keputusan oleh pemimpin peringkat Nasional. 

(Oops. Too late bro. 2018 UMNO/BN kalah. Confirm. Kalau UMNO/BN kalah 2018 hangpa Pemuda UMNO semua ada 'marketable skills' tak? Boleh niaga nasi kandaq kah, atau niaga apa-apa kah? Kalau UMNO/BN kalah, macam mana hangpa nak cari makan?)

Pemuda Umno Negeri tetap menyokong dan berdiri teguh di belakang Y.A.B Presiden tetapi Y.A.B Presiden perlu tampil memberi jawapan segera kepada rakyat.  

(My comments : Wah sokongan yang bersyarat. Habis selama enam tahun ni hangpa dok garu teloq ke? Dah enam tahun dia tak tampil ke mana pun. Pi nyorok macam p*ndan. Dia bukan tampil, dia tumpul. You think he is going to tampil ke depan now?) 

Salam Hormat Daripada Saya

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang
Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
 



OK this is my view on Permatang pauh. The candidate was Wan Azizah - a grandmother and past shelf life, past tarikh luput candidate. She is not Anugerah Tuhan. Yet Wan Azizah could beat the UMNO candidate with an 8000+ majority.

And this 8000+ majority was achieved despite a few major factors :

1. PAS did not support PKR at all. The PAS machinery failed to function and PAS members did NOT come out to vote. The final two days was the worst, PAS and PKR even shouted at each other in public.

2. The turnout was lower at 73% (versus 80+% in 2013). Despite lower turnout Wan Azizah won 8000+ majority.

Permatang Pauh proves that PKR can win without PAS. Permatang Pauh proves that PAS is not a major factor anymore in the Pakatan. PKR & DAP should kick out PAS and strike out on their own.

The huge drop in UMNO's majority in Rompin  and the loss in Permatang Pauh show that UMNO / BN is going to get their butts kicked in 2018. 

The issues that have affected both Rompin and Permatang Pauh are :

1. the PM and his wife
2. the PM's incompetence (aka nincompoop)
3. the 1MDB thievery yet no one has been arrested or charged
4. the latest TH bailing out 1MDB (or cleaning 1MDB's dirty underwear) 

There are few or no local issues. These are serious national issues that orbit around the PM and his wife. They have affected UMNO / BN in both Rompin and Permatang Pauh. 

The Pemuda UMNO must voice out and ask the president to resign and go away. That will be the best way. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.