`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 27, 2015

SPR MULA RANCANGAN MENIPU



SPR , henti hina Mahkamah dan Perlembagaan 
Sekali lagi, BERSIH 2.0 menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuching, Hakim Yew Jen Kie yang memutuskan bahawa proses persempadanan semula yang sudah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah batal dan tidak sah (null & void).

Penghakiman yang kedua ini adalah perpanjangan dari penghakiman 15 Mei 2015 yang mana menyebut SPR harus melakukan semula kajian persempadanan semula di Negeri Sarawak.

SPR harus akur dan patuh kepada dua keputusan penghakiman ini. Dalam penghakiman terbaru, Hakim telah memperincikan Jadual 13 (4) Perlembagaan Malaysia yang mana menyatakan; notis pewartaan peta harus disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan dalam kawasan pilihan raya tersebut.

Penghindaran SPR terhadap keputusan Mahkamah dengan meneruskan inkuiri kedua di Sarawak membukti SPR telahpun menghina Mahkamah. Segala proses persempadanan semula di Sarawak harus dihentikan serta-merta. Proses ini harus dilakukan semula dan dijalankan dengan telus dan adil.

BERSIH 2.0 terkejut dengan kenyataan Penasihat Undang-undang Negeri Sarawak yang menyatakan proses inkuiri yang telah dijalankan mungkin tidak akan terbatal walaupun sudah ada dua perintah mahkamah.

BERSIH 2.0 menyeru kepada SPR dan Jabatan Peguam Negara agar tidak membazirkan duit pembayar cukai untuk melakukan sebarang rayuan dalam keputusan penghakiman ini. Juga, keingkaran SPR mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi bermakna SPR menghina sistem kehakiman Negara. Jikalau ini terjadi, BERSIH 2.0 berikrar untuk mengheret SPR ke Mahkamah kerana menghina kehakiman Negara. SPR harus sedar bahawa mereka tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia dan badan kehakiman. SPR bukannya lebih tinggi daripada dua institusi ini dan SPR tidak sama sekali lebih tinggi dari badan kehakiman Negara.

Kerisauan BERSIH 2.0 adalah, jikalau SPR tidak mematuhi perintah Mahkamah dan perlembagaan, maka kepada siapakah SPR akan patuh?

Segala perkara ini tidak akan timbul atau terjadi jika SPR mematuhi piawai-piawai perlembagaan Malaysia dan melakukan konsultasi yang secukupnya bersama pengundi sebelum memaparkan apa-apa syor penambahbaikan.

Ini bukanlah kali pertama SPR bertindak sebegini. BERSIH 2.0 yakin, episod-episod yang berlaku di Sarawak akan berulang di Sabah dan Semenanjung Malaysia. BERSIH 2.0 menuntut agar satu badan bebas ditubuhkan untuk menjalankan proses persempadanan semula di seluruh Malaysia seperti yang dicadangkan dalam Laporan Tribunal Rakyat PRU13.

Dikeluarkan oleh,

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH 2.0
26/5/15


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.