`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 12, 2015

Tabung Haji beli tanah TRX, isunya adalah 1MDB – Nasrudin Hassan

Image result for tabung haji chairman and deal with 1MDB land scandal

Saya bimbang kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Haji semalam akan mengaburi masalah sebenar yang berlaku iaitu skandal kewangan 1MDB. Portfolio pelaburan hartanah TH adalah pilihan. Namun, adakah pilihan tersebut wajar?
Ia tidak menjadi isu kritikal sekiranya TH membeli dan melabur sebidang tanah di lot komersial Kuala Lumpur pada harga di bawah nilai semasa dengan pihak lain, tetapi ia berkontroversi disebabkan pembelian tersebut daripada 1MDB.
1MDB adalah sebuah dana kekayaan negara yang dilaburkan bagi mendapat pulangan keuntungan yang besar demi kepentingan negara dan rakyat. Sepertimana yang dilaporkan dalam The Edge, 1MDB mempunyai jumlah hutang yang tinggi, dijamin kerajaan dan terpaksa membayar kos pinjaman juga tinggi. Hutang 1MDB mencecah RM42 bilion pada 31 Mac 2014.
Rakyat juga tidak mengetahui dengan jelas apakah aset-aset tersebut selain pembelian pengeluar tenaga bebas (IPP). Wang pelaburan di Cayman Island juga tiada kepastian.
Maka, ini bukan masalah sebuah syarikat 1MDB tetapi ini adalah beban negara dan masalah yang terpaksa dipikul pembayar cukai. Terutama dalam keadaan penyusutan pendapatan negara disebabkan penurunan mendadak harga minyak dunia dan penyusutan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat.
Disebabkan wujud keraguan yang tinggi terhadap pelbagai transaksi kewangan, maka saya turut menyokong, 1MDB wajar menjalani audit forensik Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara supaya semua dakwaan tersebut dapat dijawab secara telus.
Saya turut mengulangi cadangan, satu keperluan terhadap perdana menteri untuk menasihati yang dipertua Dewan Rakyat bagi memanggil sidang khas mesyuarat Dewan Rakyat bagi menjawab segala tanda tanya yang ditimbulkan pelbagai pihak.
Disebabkan yang demikian, akhirnya kegagalan kewangan 1MDB diselesaikan dengan menggunakan dana awam untuk membeli hartanah kontroversi 1MDB di TRX pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga belian asal. Adakah tawaran awam permulaan (IPO) syarikat subsidiari 1MDB yang dijadual akan disenaraikan pada bulan September juga akan melibatkan dana awam?
Akhirnya kita akan menyaksikan projek PM 1MDB ini akan berakhir dengan usaha pembayaran hutang tanpa sebarang keuntungan buat rakyat.
Jika hutang tersebut dalam kaedah konvensional berasaskan riba, maka inilah penangan dibelenggu dengan perangkap riba yang nyata diperangi dalam Islam itu sendiri.
* Penulis merupakan ahli Parlimen Temerloh yang juga AJK PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.