`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 17, 2015

Terkini!!! Graduan Uitm Mohon Maaf Selfie Atas Pentas Ketika Majlis Konvokesyen, Perjelas Sebab Selfie.. Jom Terjah!!!

 
SHAH ALAM: Tindakan Mohd Hasrul yang 'berselfie' di atas pentas ketika Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-82 disifatkan sebagai melanggari protokol universiti.

Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata demikian memetik kenyataannya di alumniuitm.org.

"Saya menegaskan bahawa 'decorum' ataupun ketertiban amatlah perlu bagi warga UiTM dan menolak sepenuhnya budaya tersebut," ujarnya tegas.
 
 
Menjelaskan kejadian itu, Arshad ada menyuruh siswa berkenaan mengulangi semula tertib menerima skrol di atas pentas dengan menyuruhnya berundur beberapa langkah, sebagai tanda menghormati majlis.

Selfie berkenaan sejak beberapa hari lalu tersebar meluas di laman-laman sosial.

Walaupun ada juga memuji keberanian Mohd Hasrul, namun ramai juga yang mengkritik perbuatan berkenaan dengan mengingatkan majlis konvokesyen adalah sebuah majlis yang formal dan berprotokol

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.