`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 20, 2015

[VIDEO] Apabila Haji Hadi Kata TOLOL...


Hadi: Ahli PAS masih perlukan saya

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata anggota parti masih memerlukan beliau menjawat jawatan itu selepas 13 tahun memegang jawatan itu.

"Ahli-ahli masih memerlukan saya (sebagai presiden)," katanya ringkas ketika ditanya sama ada ingin mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

Beliau sebelum itu menghadiri sebagai panelis dalam majlis dialog “Bicara Harakah” di ibu negara hari ini.

Dalam dialog tersebut beliau ditanya mengenai sejauh mana isu perbezaan pandangan dalam parti dan penyelesaian yang diambil oleh parti.

MP Marang itu berkata berdasarkan pengalamannya bersama dalam PAS, sejak tahun 1960-an lagi, beliau menyaksikan pelbagai ragam dan jenis ahli yang menyertai parti itu.

"Ada yang maju pemikirannya, ada yang berfikiran sederhana, ada yang menzalimi diri sendiri. Kita tangani berdasarkan konsep Islam.

"Kita bertegas dalam perkara dasar. Kalau berbeza (pandangan) kita bermesyuarat untuk menyelesaikannya.

"Kalau tak terima dan (mahu) berpecah, itu adalah orang tolol dalam PAS dan keluar daripada PAS," 
katanya.

Krisis 70-an

Menurutnya lagi perbezaan dan perselisihan pandangan merupakan perkara biasa dan mustahil untuk dihapuskan.

Namun, katanya, apabila melibatkan perkara dasar, PAS tidak akan bertolak ansur.

Beliau memberi contoh bagaimana PAS berdepan krisis pertukaran menteri besar Kelantan pada 1970-an, ketika itu bersama BN, sehingga tersingkir daripada gabungan parti pemerintah pemerintah.

"Ada kumpulan setuju tukar menteri besar dan ada yang tak setuju tukar. Namun dibuat keputusan, menteri besar ditukar, dan Umno mengambil kesempatan isytihar darurat.

"Kemudian yang setuju dan tidak bersetuju tadi terus berada dalam PAS. Kita tak berpecah antara satu sama lain.

"Kecuali yang tidak boleh menerima konsep penyelesaian masalah dalam PAS. Sebab itulah mereka tubuh parti baru dan macam-macam lagi. Tapi mereka hilang ditelan zaman, dan PAS terus menjadi parti yang kuat," katanya. -mk


ULASAN GB

Nampaknya bahasa kesat sudah menjadi-jadi di kalangan kumpulan UG. Presiden PAS sendiri, sebelum ini menuturkan perkataan BARUA di dalam mutamar PAS tahun lepas, hari ini keluar lagi bahasa kesat dari bibirnya... TOLOL... yang ditujukan kepada mereka "yang tidak menerima kaedah bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah" dan meminta mereka keluar dari PAS.

Persoalan kini, benarkah ada pihak dalam PAS yang menolak kaedah bermesyuarat di dalam menyelesaikan masalah?

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini ialah PAS sentiasa bermesyuarat, tetapi apabila sesuatu keputusan telah diambil, tiba-tiba ada pihak menggunakan kuasa VETO untuk mengubah atau membatalkan keputusan itu dan pihak yang menggunakan kuasa veto itu tidak lain dari Tuan Presiden sendiri. jadi dimanakah letaknya kredibiliti keputusan mesyuarat?

Berbalik kepada perkataan TOLOL yang diucapkan. Selepas BARUA, kita melihat mereka yang taksub kepada Haji Hadi begitu galak menggunakan perkataan-perkataan kesat dan pelbagai bahasa penghinaan seperti JEBON, PARASIT, SYAITAN, MUNAFIK HARAKI dan lain-lain.

Apakah ini akhlak yang diajar di dalam Islam?

Di dalam ilmu jiwa (psikologi dan psikatri) orang yang menuturkan perkataan-perkataan jelek seperti di atas sebenarnya orang yang mengalami mental disorder atau sakit jiwa. Di dalam ilmu hakikat pula, orang yang suka menuturkan kata-kata sedemikian adalah disebabkan oleh kewujudan "penyakit" di dalam hatinya. Diantara penyakit hati termasuklah angkuh, sombong, riak, takabbur dan seumpamanya.

Penyakit di hati akan menyebabkan akhirnya akan berlaku penyakit fizikal. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Maka tidak hairan angkara kalbu kotor, maka ramai yang terlantar di hospital, menderita pelbagai penyakit fizikal. Kerana semua penyakit di zahir itu bermula penyakit di batin. Apakah Tuan Presiden tidak menyedari hal ini?

Walaupun ilmu syariat seseorang mungkin hebat, malah terhebat di dunia tetapi jika kalbunya kotor, maka ilmu syariatnya hanya sekadar syariat, ia tidak akan dapat mencapai "hakikat" (kebenaran). Hasilnya, di dalam perjuangan ia akan sentiasa tewas. Mudah tertipu dan mudah diperdaya kerana disangkanya ilmu syariat yang bertimbun sudah memadai untuknya.

Berserban, berjanggut... itu semua bagus, tapi ia menjadi tidak bagus jika mulutnya tiba-tiba mengeluarkan kata-kata jelek dan hina lebih-lebih lagi jika dituturkan ketika dia berserban dan berjanggut.... sebab? kalbu (hati) masih kotor...

Orang yang dimaki, yang dihina, yang difitnah, insyaAllah, akan hanya tersenyum mendengar dan melihat gelagat orang yang mengeluarkan kata-kata hina itu. Mereka tak perlu membalasnya, kerana mereka tahu hati yang tenang itulah yang menang akhirnya. Itulah maqam "mutmainnah" namanya.

Seperti yang GB pernah utarakan sebelum ini, perkataan-perkataan jelek dan hina itu akan kembali kepada penuturnya. Masihkah ingatkan kita tentang kisah HARAMJADAH yang dituturkan oleh seorang PM bernama Mohd Najib kepada peneroka FELDA yang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV)? Apa jadi akhirnya? Najib ditimpa HARAMJADAH sampai ke hari ini dan sebuah akhbar melaporkan FGV bermungkinan terpaksa dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia kerana mengalami kerugian yang berterusan...

Dahulu GB ada menegur penggunaan perkataan "EXPIRED" yang diucapkan Haji Hadi kepada rakan-rakan di dalam PR, nampaknya seperti perkataan itu sedang berbalik kepada penuturnya...

Kita sama-sama tunggu Hukum Kebenaran dan Keadilan (sunatullah) berjalan....

Wallahu alam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.